Rabu, 18 Mei 2011

Resepi Laksa Sarawak

Resepi Laksa Sarawak
Bahan-bahan Kuah Laksa
1. 1 paket perencah laksa sarawak
2. kiub ayam
3. garam dan gula secukup rasa
4. 250ml santan pekat
5. 2 liter air
6. daun ketumbar
7. daun selasih ( xnak guna pun takpe )


Bahan-bahan untuk direbus ( air rebusan jangan dibuang tetapi
digunakan untuk kuah laksa )
1. 250gm udang - rebus udang dan potong 2
2. tauge - rebus kalau rasa nak, kalau tak nak, takyah rebus
tp pastikan air rebusan ni asingkan dengan yg lain.
3. 3 ketul dada ayam - rebus dan carik2 isi ayam tersebut.
jika ada kulit jgn dibuang untuk di tumis bersama sambal laksa

bahan-bahan untuk digoreng
1. 3 biji telur - goreng telur dadar pastu slice panjang2...
2. tauhu digoreng selepas tu potong 3 atau 4.
3. fish cake

bahan-bahan untuk sambal laksa
1. perencah laksa sarawak yang di tapis dari kuah tadi
2. udang kering di blend kasar
3. belacan
4. garam dan ajinomoto
5. setengah bawang besar - dikisar - pemanis semulajadi
6. 3 ulas bawang merah - dikisar
7. 1 ulas bawang putih - dikisar
8. cili boh / kering
9. limau kasturi - untuk penambah rasa


bahan-bahan lain
1. bawang goreng

Cara buat kuah
1. masukkan minyak
2. tumiskan perencah laksa sarawak hingga naik bau.
3. masukkan udang kering dan tumis sehingga naik bau
4. masukkan air rebusan ayam dan udang tadi
5. masukkan kiub ayam
selepas step dari 1 hingga 5, tapiskan bahan2 ini dan panaskan
kuah kemudian terus ke step 6. bahan-bahan yg dah ditapis jgn dibuang
untuk dijadikan sambal

laksa
6. masukkan santan
7. masukkan garam dan ajinomoto


cara buat sambal laksa
1. masukkan minyak
2. tumiskan bawang-bawang yg dikisar sehingga naik bau
3. masukkan cili boh/kering ikut kepedasan.
4. masukkan perencah atau bahan yang di tapis dari kuah yang siap tadi
5. masukkan belacan dan udang kering jika ada lebihan dari kuah tadi.
6. garam dan ajinomoto

cara hidang
1. bihun sedikit
2. letakkan udang rebus, isi ayam, tauhu goreng, tauge, fish cake atas bihun
3. masukkan kuah
4. masukkan daun sup atau daun ketumbar di atas hidangan
5. masukkan sambal laksa
6. suap ke mulut


jika ada kekurangan check balik

-source: faizan www.surau.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan