Isnin, 11 Oktober 2010

Null Route

In computer networking, a null route (blackhole route) is a network route (routing table entry) that goes nowhere. Matching packets are dropped (ignored) rather than forwarded, acting as a kind of very limited firewall. The act of using null routes is often called blackhole filtering. The rest of this article deals with null routing in the Internet Protocol (IP).

Null routes are typically configured with a special route flag, but can also be implemented by forwarding packets to an illegal IP address such as 0.0.0.0, or the loopback address.

Null routing has an advantage over classical firewalls since it is available on every potential network router (including all modern operating systems), and adds virtually no performance impact. Due to the nature of high-bandwidth routers, null routing can often sustain higher throughput than conventional firewalls. For this reason, null routes are often used on high-performance core routers to mitigate large-scale denial-of-service attacks before the packets reach a bottleneck, thus avoiding collateral damage from DDoS attacks — although the target of the attack will be inaccessible to anyone. Blackhole filtering can also be abused by malicious attackers on compromised routers to filter out traffic destined to a certain address.

However, routing typically only works on the Internet Protocol layer and is very limited in packet classification. It is bound to be stateless due to the nature of IP routers. Typically, classification is limited to the destination IP address prefix, source IP address and incoming network interface.

Nullrouting with iproute2 on Linux:

$ ip route add blackhole 192.168.32.128/32[1]

Nullrouting with 'route' on Solaris and BSD:

$ route add -host 10.10.0.1 127.0.0.1 -blackhole
$ route add -net 10.10.64.0/18 127.0.0.1 -blackhole


Routing to the Null0 interface on Cisco IOS:

ip route 192.168.0.0 255.255.0.0 Null0[2]

Windows XP/Vista does not support reject or blackhole arguments via route, thus an unused IP address (e.g. 192.168.32.254) must be used as the target gateway:

route -p ADD 192.168.32.128 MASK 255.255.255.255 192.168.32.254

source: wiki

Jumaat, 1 Oktober 2010

USB flash drive write protect error ?




Harini aku kene error write protect kat USB flash drive aku. bila nak delete file takleh. nak copy file takleh. bila masa plak flash drive aku ni write protected ? Maybe security policy sebelum ni menyebabkan semua removable drive takde write permission kot. ntah la aku pun tak ingat. aku disable write protect check kat registry :-

WARNING: Backup dulu registry

STEP 1 - Backup the registry
1. Unplug the USB flash drive.
2. Click Start > Run, type in regedit then click OK.
3. From the registry menu, click File, select Export.
4. Under Export range select All.
5. Name the file SNDK.reg and save it to the desktop.

STEP 2 - Disable the "Write Protect" permission in the Registry
1. On the left pane, click the "+" beside HKEY_LOCAL_MACHINE
2. Navigate to SYSTEM > CurrentControlSet > Control > StorageDevicePolicies.
3. On the right pane, right-click on WriteProtect and select Modify.
4. In the Value data field, type the number 0 (decimal value yer tuan2 & puan2)
5. Click OK.

settle.

Isnin, 16 Ogos 2010

Reformasi

" And when it is said to them, "Do not cause corruption on the earth," they say, "We are but reformers. Unquestionably, it is they who are the corrupters, but they perceive [it] not. Sura Al-Baqarah , Aya 11-12 (Sahih International) source Tanzil

Adakah anda seorang reformist ? anda ingin ber-reformasi ? Apakah anda faham maksud reformasi ? reformasi dipinjam dari perkataan "reformation" yang bermaksud :-

improvement (or an intended improvement) in the existing form or condition of institutions or practices etc.; intended to make a striking change for the better in social or political or religious affairs

Pastikan kita adalah orang yang benar benar membuat perubahan kepada yang lebih baik. Jangan jadi orang orang yang membuat perubahan kepada benda yang lebih buruk seperti yang diterangkan dalam Surah Al-Baqarah , ayat 11 - 12 di atas. Nauzubillah


Routermen kata : Kalau dah ok nak repair ke? .. kang jahanam nanti

Selasa, 10 Ogos 2010

Link

http://tanzil.info/ - Best

Sabtu, 7 Ogos 2010

Rakyat malaysia hidup dalam alam fantasi

Orang malaysia hidup dalam alam fantasi. Benar. tak tipu. bukan satu andaian mahupun teori. tapi kebenarannya , rakyat malaysia hidup dalam alam fantasi. Alam fantasi ini mengambarkan bahawa Malaysia sebenarnya terkecuali dari bahaya , kebinasaan dan ancaman. fantasi yang menyebabkan rakyat malaysia hidup dalam sambil lewa. tak endah dan mengambil mudah dalam serba serbi.


Kita anggap gempa bumi hanya berlaku di negera luar. kita anggap peperangan hanya berlaku di Iraq, di Afganistan, di timur tengah, di Palestine .

Kita juga ni sebenarnya tak ubah macam orang Islam di Andalusia dahulu kala. Kita anggap amaran amaran Allah swt tentang kebinasaan adalah orang selain dari kita. Kita terkecuali dari azab dunia, kita terselamat dari kejahatan dan Khianat manusia. Kita anggap ujian Allah hanya pada umat Islam di negara lain, bukan di Malaysia.

Persoalannya adakah Andalusia wujud pada masa kini?

This relatively small campaign was of momentous consequences as Granada was the last outpost of Al-Andalus in Spain and its fall brought to an end 780 years of Muslim control in the Iberian peninsula. -source:wikipedia

tinggal sejarah!

Ada pun Andalusia adalah gedung Ilmu tersohor pada masa kegemilangannya, namun tetap mampu rebah, mampu tersungkur , mampu tersadung dan berterabur. bayangkan Malaysia dengan tahap intelek umat Islamnya. Jika Andalusia mampu rebah dalam masa 700 tahun, mampukah umat Islam di Malaysia bertahan dan memperkasakan diri lebih jauh dan lebih lama dari itu ? dengan sikap kita sekarang ?

Kita anggap semua ilmu di dunia tidak perlu dicari. kita hanya tunggu orang lain yang menimba . kemudian kita akan "menganga" mulut dan kemudian ilmu itu disuap kedalam mulut kita satu persatu tanpa perlu bersusah payah untuk mengkaji .. tanpa perlu susah payah untuk di cari .. tanpa perlu bersusah payah untuk ditimba. Adapun Ilmu yang kita cari tidak bermanfaat malah bersifat membinasakan.

Kita lena diulik mimpi. Kita buta dalam celik. Kita pekak dalam mendengar.

Bercerita tentang Pekak. teringat saya pada satu kes yang menarik di terangkan oleh seorang rakan. Cerita ini mengesahkan satu kejadian dimana seorang insan yang pekak , yang tidak boleh mendengar . namun dia mampu mendengar azan. nah .. ini satu keajaiban berlaku.. Orang kita lantas mengagumi kekuasaan Allah. ya benar. memang itu kekuasaan Allah .. tapi sampai situ sajakah keagungan Allah? memberi keistimewaan seorang yang pekak untuk mendengar Azan ? tidak kah terlintas di pemikiran para cendiakawan Islam ? bahawasanya Allah ingin memberikan ilmu ? memberikan kita peluang untuk mengkaji , apakah yang menyebabkan insan pekak itu mampu mendengar azan ? apakah yang menyebabkan dia mampu mendengar Azan ? adakah disebabkan gelombang frekuensi yang menyebabkan insan pekak itu mampu mendengar azan ? tapi kenapa tiada kajian menyeluruh ? kenapa kita hanya kagum ? tapi tidak mahu menyelidik ? nah .. tidak terlintas di minda kita ini, sebenarnya Allah ingin memberi ilmu. Kenapa ? jika orang barat mampu melakukan kajian menyeluruh. kenapa kita tidak ? adakah kita perlu tunggu kajian mereka ? kita tak mampu? kita tak cukup cerdik ? apa masalahnya ?

malas, sambil lewa, kepercayaan karut, kurafat.

Itu jawapannya.

Kepercayaan karut , shirik , kurafat memang dah lama menjadi duri dalam daging orang melayu khususnya yang telah menjadi racun racun yang merosakkan minda minda melayu, menjadikan mereka lemah, keliru dan tidak tentu arah. Jangan main main. benda ni bukan sahaja bahaya.. silap aribulan tido dalam neraka je besok2. naya naya .. jangan cari penyakit.. cari la keredhaanNya *thumsb up*

Kita juga malas . kita suka bersambil lewa .. Orang barat tak habis habis memperjuangkan kebebasan ilmu. Di internet umpamanya . mereka berteriak dengan slogan "open source, sharing information, dan sebagainya". Sesi perkongsian ilmu dan hasil kajian juga dipertontonkan dan dipersidangkan melalui forum forum dan juga seminar seminar. TED umpamanya , adalah satu platform yang menjadi arena untuk mempersembahkan idea idea baru dan informasi terkini .

Namun kita hanyalah penonton. Tetapi kenapa kita hanya mampu kagum? kenapa kita hanya mampu menunggu? bilakah teknologi itu akan sampai ke riba kita ? bilakah idea idea itu akan direalisasikan ? Kenapa kita tidak kejar sendiri idea idea tersebut dan mempermudahkannya . memperbaikinya serta menaiktarafkannya? adakah kita akan menunggu sehingga mereka mereka itu datang dari jauh untuk mengajar kita ? tapi sejauh manakah ketelusan mereka ? Adakah anda pasti mereka memberikan segala ilmu yang mereka ada secara menyeluruh? separuh? sebahagian? atau tidak sama sekali?

tidak ..

Mereka bukanlah "opensource " seperti yang kita sangka kan


Ilmu yang kita dapat hanyalah ilmu yang lapuk. yang dah habis kewibawaan. yang sedikit . supaya kita hanya mampu mengoperasi. hanya mampu mengerak . hanya mampu maintain. Ilmu untuk mencipta ? untuk membuat ? untuk melakar ? untuk mempelopor? berapa kerat sangat yang ada ?

"Buat ape nak ajar lebih lebih . nanti naik tocang"

saringan ilmu sebenarnya terjadi. Sebab tu kita tak boleh tunggu untuk di "spoon feed". Sampai bila kita nak menagih ilmu orang ? Bilakah kita pula yang ditagih ilmu ? tidak mungkin?

"Zaman kegemilangan Islam"

Kenapa umat Islam dulu boleh ? bermacam macam jenis ilmu . dari astronomi, matematik ,sains , perubatan dan sebagainya. Rupanya mereka rajin. tak macam kita . malas ! Adakah mereka tunggu untuk disuap segala ilmu ? tidak. untuk berada di depan, kita perlu menjadi pelopor. mari ramai ramai sedar. Jangan tipu diri sendiri. kalau korang tak pecaya, cuba bagi aku senarai pelopor@pioneer teknologi-teknologi kat malaysia ? ke semua import teknologi je lebih. ( sambil menghela nafas panjang )

pokoknya ..

Malaysian lives in a fairytale land ..

Bangun dari tidur!!! .. bangun dari lena!!! .. bangun dari mimpi!!

Wahai diri ini !!! Wahai saudara saudari ku !!!

Aku dan Kamu sebenarnya adalah target kaum kaum Kafir musyrikin yang hajat mereka untuk membinasakan kamu. Kamu adalah SASARAN.. Jangan sampai mereka dah berdiri depan rumah untuk menyembelih kamu, baru kamu teringat nak menimba ilmu.

Seek knowledge like your life depends on it !!

bersikap sambi lewa adalah lamunan bagi orang orang yang gagal mengenggam realiti. Memang susah untuk menjadi orang rajin. sebab rajin tu perlukan usaha. Jangan simpan angan2 mat jenin, usaha tak seberapa , tapi nak maju mengunung menlangit. Usaha perlu synonim dengan pengetahun. Baru maju ke hadapan. Bukan yang mundur kehadapan.

YA!

mundur kehadapan .. bangsa yang negaranya makin maju .. makin kehadapan .. tapi anak bangsanya mengemis di bumi sendiri.

Orang kata bencana tak boleh di elak.. Tapi Allah janji Qada dan Qadar . Jangan jadi orang bodoh takde pengetahuan.. bila berperang pakai parang .. lawannya pakai mesingun ..


Dah keluar dari alam fantasi anda ?

routermen kata : pesanan ini khususnya adalah lebih kepada diri sendiri dan juga untuk semua insan diluar sana secara amnya (contoh alam fantasi yang terang2 ? akademi fantasia )

Ahad, 1 Ogos 2010

7 rindu sekolah menyamar pelajar

Sumber: Harian Metro 28/07/2010

KUALA LUMPUR: Tujuh pemuda yang rindu alam persekolahan ditahan polis semalam selepas menyamar pelajar di sebuah sekolah menengah di Taman Melawati di sini, semalam.
Semuanya yang berumur 20 tahun lengkap berpakaian seragam sekolah termasuk seorang berbaju kurung ditahan ketika leka mengikuti pembelajaran dalam kelas, kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan.
“Mereka masuk ke sekolah itu kira-kira jam 7.30 pagi dan menyertai perhimpunan pagi sekolah. Selepas tamat perhimpunan, ketujuh-tujuh bekas pelajar itu masuk ke kelas lama masing-masing iaitu kelas mereka ketika tingkatan lima sesi 2007,” katanya.

Kehadiran ‘pelajar baru’ di dalam kelas itu disedari guru yang kemudian menghubungi polis.

“Hasil soal siasat, kami mendapati punca mereka menyamar pelajar sekolah itu atas alasan ingin kembali semula ke alam persekolahan. Mereka duduk dalam keadaan sopan tanpa sedikit pun mengganggu sesi pembelajaran,” kata Abdul Jalil.

Beliau berkata ketujuh-tujuh lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil.

“Semua lelaki itu tidak bekerja ataupun belajar. Polis sudah memanggil ibu bapa masing-masing sebelum mereka dibebaskan kira-kira jam 8 malam tadi.

“Polis dalam proses mengambil keterangan guru dan pelajar sekolah itu. Siasatan juga dijalankan sama ada bekas pelajar itu mempunyai niat untuk melakukan jenayah di sekolah berkenaan,” kata Abdul Jalil.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh. — Bernama

Routermen kata : dulu time skolah monteng je keje . skang dah takleh pegi skolah gatai nak masuk skolah balik. korang ni malas nak belajar ke belajar nak malas ? ( ape aku merepek ni ) wat malu melawatians phaseque je

Sabtu, 24 Julai 2010

HTS3181 yang sengal



Philips ko memang penipu. Support MPEG4 Codec konon. Penat je aku download semua video lagu kegemaran. pastu bila nak play kat kau takbley plak . kluar suara je .. mender la ko ni.

katanya support DiVX ultra .. menatang ape da .. tak best langsung. terpaksa aku convert semua mp4 ke mpeg. mpeg besar gedabak ko tau tak philips !!! mana aku nak sumbat semua lagu tu ..

ni ninpou nak convert. make sure korang ade ffmpeg . kalau takde install lah.. apt-get install ffmpeg. so skang bley la tengok nancy ajram nari nari kat tv. :P


routermen@routermen-desktop:~/Desktop/music vid$ ffmpeg -i waving\ flag\ 480p.mp4 -target pal-dvd -ps 2000000000 -aspect 16:9 wavingflag.mpeg
FFmpeg version SVN-r0.5.1-4:0.5.1-1ubuntu1, Copyright (c) 2000-2009 Fabrice Bellard, et al.
configuration: --extra-version=4:0.5.1-1ubuntu1 --prefix=/usr --enable-avfilter --enable-avfilter-lavf --enable-vdpau --enable-bzlib --enable-libgsm --enable-libschroedinger --enable-libspeex --enable-libtheora --enable-libvorbis --enable-pthreads --enable-zlib --disable-stripping --disable-vhook --enable-runtime-cpudetect --enable-gpl --enable-postproc --enable-swscale --enable-x11grab --enable-libdc1394 --enable-shared --disable-static
libavutil 49.15. 0 / 49.15. 0
libavcodec 52.20. 1 / 52.20. 1
libavformat 52.31. 0 / 52.31. 0
libavdevice 52. 1. 0 / 52. 1. 0
libavfilter 0. 4. 0 / 0. 4. 0
libswscale 0. 7. 1 / 0. 7. 1
libpostproc 51. 2. 0 / 51. 2. 0
built on Mar 4 2010 12:35:30, gcc: 4.4.3

Seems stream 1 codec frame rate differs from container frame rate: 50.00 (50/1) -> 25.00 (25/1)
Input #0, mov,mp4,m4a,3gp,3g2,mj2, from 'waving flag 480p.mp4':
Duration: 00:04:02.68, start: 0.000000, bitrate: 659 kb/s
Stream #0.0(und): Audio: aac, 44100 Hz, stereo, s16
Stream #0.1(und): Video: h264, yuv420p, 480x280, 25 tbr, 25 tbn, 50 tbc
Output #0, dvd, to 'wavingflag.mpeg':
Stream #0.0(und): Video: mpeg2video, yuv420p, 720x576 [PAR 64:45 DAR 16:9], q=2-31, 6000 kb/s, 90k tbn, 25 tbc
Stream #0.1(und): Audio: ac3, 48000 Hz, stereo, s16, 448 kb/s
Stream mapping:
Stream #0.1 -> #0.0
Stream #0.0 -> #0.1
Press [q] to stop encoding
[dvd @ 0x9720190]buffer underflow i=1 bufi=1335 size=1792
frame= 6067 fps= 51 q=1.6 Lsize= 146980kB time=242.62 bitrate=4962.7kbits/s
video:130367kB audio:13268kB global headers:0kB muxing overhead 2.328416%
routermen@routermen-desktop:~/Desktop/music vid$

Berikut adalah email aku hantar email ke philips support.

Beli atau tak beli ? itulah soalannya.



6 hari bulan ogos. pc fair datang lagi. Teringat zaman dulu2, pc fair ni la tempat jumpa balik geng2 lama. Tapi zaman tu pun dah berlalu .. pcfair pun dah pindah pegi KLCC .. hmm..

Bila pegi pcfair . satu benda yang selalu aku carik adalah storage. DVD kosong , thumbdrive , hard disk dan sebagainya . Tapi betul ke harga kat pc fair murah ? berbaloi kah ? mengharungi lautan manusia yang berpusu pusu macam kat pasar malam je aku tengok. semata mata untuk membeli barangan pc ? Macam mane plak dengan masalah warranty ? ha sebut pasal barang barang pc fair yang rosak ni aku nak share beberapa cerita "menakutkan" dan menyedihkan yang dialami oleh aku dan beberapa rakan rakan yang lain. tapi disebabkan blog ni aku punya , so cite kat sini cite aku je la . sebuk je cite orang lain nak masuk buat ape :D

RAM
---

aku tak ingat pcfair tahun bila . tapi tak lama dulu gak lah. Aku beli RAM 2GB DDR2 dekat pcfair . harga tak beza mane .. margin untung rm 5 je dari beli kat lowyat . So aku pun balik la dengan happy gabannye nak sumbat DDR2 tu masuk dalam pc aku .. bila sumbat je

tiba tiba pc aku hang . ok . aku budget maybe aku tak tekan habis kot .. so aku reseat balik lah . pastu dia boleh boot .. ok la .. tapi bila masuk je windows terus blue screen. aku termenung kejap . ape kes ni .. aku pun amik la linux live cd aku ..aku boot pastu test mem . skali ram tu kantoi. aku tak puas hati lagi .. so aku cabut ram lama aku .. aku boot pakai ram baru tu je


sama gak .. kantoi ..cayanunalip-beng tul . aku dok terbayangkan bertapa penat nye aku terkial kial kat dalam pcfair tu langgar langgar bahu orang .. semata mata nak dapat ram rosak . aku rasa kalau time tu ada cermin aku pun takut tengok muka aku yang tengah marah tu hehe ..

So takpe la .. malam tido dengan penuh kehampaan .tak dapat gak merasa 4GB .. konon nak bedal vmware la. simpan dulu hajat .. besok pagi aku bergegas naik motor .. pegi LRT station .. naik LRT .. turun LRT .. jalan jalan .. pastu jalan jalan lagi .. pastu masuk pintu .. naik escalator .. hah ..pastu tengangga tengok orang beratur nak tunggu untuk masuk pcfair .. dalam ati aku .. tak guna tul .. kurang RM5 je .. ni dah lebih dari RM5 dah ni .. rugi dan rugi lagi .. (tu la kedekut sangat . padan muke)


lepas beberapa minit tu .. dapat la aku masuk .. so jalan jalan .. belok sana belok sini. kona sana kona sini .. langgar orang sana .. langgar orang sini .. pastu kene amik balik segala pamplete2 yang orang hulur ( kang tak amik kang kata sombong plak ) .. maka sampai la aku depan kedai tak guna tu. Aku pun cakap ngan dia .. ram ni rosak. aku nak tukar .. ni resit.

Alangkah hanginnyer aku bila dia cakap .. oo ini encik kena pegi kita punya kedai dekat subang jaya. aku nak je lompat masuk booth tu amik semua ram .. kumpul tengah2 kedai dia pastu bakar buat unggun api. tapi disebabkan aku ni penyabar (konon) aku cakap kat dia cam ni la lebih kurang.. "alo geng. ini barang .. baru satu hari beli, resit ada .. 1 minggu mesti 1 to 1 exchange.. lu panggil lu punya manager . saya mau cakap sama dia ".

aku budget mamat tu cuak kot tengok muka aku ni hehe .. so dia pun tak cite banyak .. dia terus tukar RAM tu .. aku siap cakap .. habis kalau rosak lagi skali .. aku datang aku nak duit balik .. pastu dia angguk je .. hangin tul aku .. kepala hotak dia .. ade ke suruh aku pegi subang jaya. Semenjak hari tu .. aku berfikir 2 kali untuk beli barang kat pcfair..

tapi kalau nak beli pun . aku akan tanya dulu soalan2 cepu mas kat depa sebelum aku beli. umpamanya.

1. kalau rosak 1 to 1 exchange ?
2. you punya kedai dekat mana? (kalau jauh aku tak beli) kalau nama pelik dan tak penah dengar aku tak beli gak.
3. Nama promoter tu. so nanti senang nak refer kalau besok ko datang balik .

So jaga jaga la adik2 dan kawan2. Pcfair ni kadang2 gah je lebih. padahal takde ape pun. bukan kurang banyak pun .. dia nyer excited je sebab ramai orang .. tapi kalau korang jenis cam aku .. aku tak suka orang ramai .. sebab tu kalau pegi lowyat .. aku tak pegi hari sabtu atau ahad :D

dapat je ram ..sampai rumah .. sampai lupa nak bukak helmet .. aku boleh pasang ram dulu .. dah boot habis .. pastu dapat tengok 4GB ram kat screen terpancar dengan hensemnyer .. baru la aku teringat helmet aku tak bukak lagi .. ha .. sampai cam tu skali aku nyer hangin.. :D

beli atau tak beli ? lu pikir la sendiri


harini aku dapat error "ioctl(SIOCSIWMODE) failed: Device or resource busy" masa run airodump-ng. Rupanya aku nyer Wlan0 dah tukar dari monitor mode ke managed mode (upgrade kernel pun bley buat magic cam ni ke ?) . Tapi takpe . mari kita tukar balik hehe..

root@routermen-desktop:~$ sudo iwconfig wlan0
wlan0 IEEE 802.11bg ESSID:"xxxxxx"
Mode:Managed Frequency:2.437 GHz Access Point: XX:XX:XX:XX:XX:XX:XX:XX:XX
Bit Rate=1 Mb/s Tx-Power=27 dBm
Retry long limit:7 RTS thr:off Fragment thr:off
Encryption key:off
Power Management:off
Link Quality=36/100 Signal level=36/100
Rx invalid nwid:0 Rx invalid crypt:0 Rx invalid frag:0
Tx excessive retries:0 Invalid misc:0 Missed beacon:0

root@routermen-desktop:~$


So kene tukar lah mode ..

root@routermen-desktop:~$ sudo ifconfig wlan0 down
root@routermen-desktop:~$ sudo iwconfig wlan0 mode monitor
root@routermen-desktop:~$ sudo ifconfig wlan0 up
root@routermen-desktop:~$ sudo iwconfig wlan0
wlan0 IEEE 802.11bg Mode:Monitor Frequency:2.437 GHz Tx-Power=27 dBm
Retry long limit:7 RTS thr:off Fragment thr:off
Power Management:off

root@routermen-desktop:~$ sudo airodump-ng wlan0
CH 5 ][ Elapsed: 16 s ][ 2010-07-24 18:33

BSSID PWR Beacons #Data, #/s CH MB ENC CIPHER AUTH ESSID

xx:xx:xx:xx:xx:xx 0 4 0 0 10 54 . WEP WEP clai
xx:xx:xx:xx:xx:xx 0 13 1 0 6 54 . WEP WEP dlink
xx:xx:xx:xx:xx:xx 0 26 1 0 6 54 . WPA2 CCMP PSK wifimen

BSSID STATION PWR Rate Lost Packets Probes

(not associated) XX:XX:XX:XX:XX:XX 0 0 - 1 19 3
(not associated) XX:XX:XX:XX:XX:XX 0 0 - 1 26 10 masterkedaung
(not associated) XX:XX:XX:XX:XX:XX 0 0 - 1 90 3 masterkedaung
^C
root@routermen-desktop:~$


skang back in business .. leh torrent guna wifi orang lain har har har . whoops .. terkuat plak cakap ..


routermen kata : haram-j tul . signal strengh 36% je . tapi takpe la .. wifi donggle pun harga rm 28 ringgit . banyak komplen tul aku ni

Sabtu, 10 Julai 2010

Time untuk lagu.



jumpa kat hypermarket ke ? bagus bagus

Ahad, 27 Jun 2010

The Greatest Programmer




Programmer adalah seorang individu yang menulis beberapa set arahan yang akan diikut oleh komputer untuk menjalankan satu tugas atau kerja. Komputer yg tidak mempunyai keupayaan untuk memilih atau mempersoalkan segala jenis arahan akan mengikut membuta tuli segala arahan programmer, walaupun ia menghancurkan@ memusnahkan komputer tersebut, atau pun komputer yg lain. Setiap virus, backdoor, worms dsb. adalah hasil ciptaan programmer programmer diluar sana yang mempunyai agenda masing masing.

Tetapi siapakah programmer yg paling power ?

Sebelum saya teruskan , ingin dimaklumkan bahawa programmer bukanlah hanya terbatas kepada system pengkomputeran sahaja, malah programmer programmer yg power ni sebenarnya mengunakan semua bentuk media . semua bentuk cara yang mampu mencapai minda minda anda , anak anak anda, adik adik , sepupu sepupu dan sepapat anda. Yezza , programmer yang saya maksudkan adalah "media massa".


misinya ? untuk memprogramkan anda !



Sedar atau tidak. Media massa memainkan peranan yang sangat tinggi dalam mem"program"kan minda anda. Contohnya anda akan dapat tahu bila anda menjawab soalan soalan berikut :-


1) Negara mana kah yang anda rasa selamat untuk melancong, Amerika syarikat atau Negara2 timur tengah?

2) Manakah yang lebih orang hafal. Lagu lagu atau Al-Quran ?

3) Namakan 10 artist tempatan atau luar. Kemudian namakan 10 tokoh tokoh Islam. Mana yang lebih mudah bagi anda?

4) Pakaian manakah yang anda rasa selesa semasa berada diluar. Berskirt pendek? bersluar ketat? atau bertudung labuh dan menutup aurat ?

5) Orang jenis mana yg menjadi pilihan anda sebagai kawan. Orang yang ada style, ada duit banyak , pakaian seksi, atau ranggi ? atau pun anda suka merapati orang2 yg berjubah, berserban, berbaju kurung dan bertudung ?

Tak perlu jawab kuat2. Jawab dalam hati pun ok. Sebab yang penting jawapan tu kena ikhlas. Ok berbalik kepada persoalan kita tadi. Kenapa sesetengah orang dikalangkan kita merasakan takut untuk pergi ke negera seperti Kuwait, Sudan , Qatar, Iraq umpamanya, tapi tidak merasa gentar untuk pergi ke Australia, Switzerland, Britain dan USA ? jawapannya senang je .. media massa telah mem"program"kan anda untuk mempercayai bahawa Negara2 di atas ini selamat untuk diziarahi. Walhal sebenarnya tiada bukti yg kukuh pun menyatakan negara mereka itu selamat dari penyamun, penyangak , perompak, perogol , racist, fanatik, paranoia dan lain lain. Tapi kenapa anda memilih untuk mempercayai media massa?

sebenarnya anda tidak pada mulanya.

Tetapi bagi setiap penipuan, untuk membolehkan penipuan itu berjaya, Ia perlu didendangkan berulang ulang kali. Itu adalah satu teknik programming yang dinamakan "looping" . teknik ini tidak pernah berhenti walaupun anda telah menerima penipuan tersebut . Dan ia akan digantikan dari masa ke semasa untuk memberikan "perubahan" kepada benda baru (padahal benda lama yg diguna balik, contoh macam fesyen,style rambut etc) hehehe .. jadi walaupun pada mulanya anda tidak percaya. tetapi setelah berkali kali disebutkan .. lambat laun anda pun terima lah.

So sama gak macam lagu lagu kat radio, dekat tv, dekat ipod dan segala device mp3 anda tu. Kalau anda dengar sekali je, anda pun tak boleh hapal lagu tu . tapi bila dah berulang ulang kali anda dengar . boleh je hapal.. tapi kenapa Al Quran tu susah sangat anda nak hafal ? jawapannye senang je , jangankan ulang Surah Al Quran, silap haribulan time bulan puasa je la ade pun :D. Kemudian anda tanya pada diri anda, anda ada simpan Al-Quran MP3 dalam mp3 player anda? hmm ..

Sama jugak dengan jenis pakaian yg dipertontonkan kat drama tv, kat panggung2 wayang. kat dalam youtube. kat dalam cd cetak rompak. Semuanya menunjukkan pakaian yg rugget2. pakaian yg seksi2 dipakai oleh orang orang yang berjaya. yang baik. yang power. pastu pakaian yg sopan santun tu , mesti orang2 yg kene buli, yang selalu ditimpa masalah, diherdik , dicaci maki. so apakah anda rasa anda tidak diprogram ?

fikir lagi sekali..

Sebenarnya banyak lagi yang boleh dinyatakan tapi saya biar disini sahaja untuk anda mengunakan otak anda yg kreatif untuk mencari unsur unsur programming yang dijalankan oleh media massa. tak dinafikan ada media massa yang perihatin, namun bilangannya sedikit dan tersorok diantara nama nama besar seperti HBO, CNN, AXN, ESPN, MTV dan sebagainya.

Silap haribulan , anda pun secara tak sedar , telah mem"program"kan orang disekitar anda. (jadi ikut ikutan).secara tak langsung, anda juga telah menjadi balachi bagi programer programmer di atas tadi. anda mungkin telah menjadi the 2nd Greatest Programmer, jatuh nombor 2 selepas media massa .. hehe ..wallahualam

routermen kata - kalau nak dinyah programkan . baca artikel ni berulang2 kali hahaha

Selasa, 22 Jun 2010

Ubuntu 10.04 dan Cairo Dock


Sape yg dah biasa guna Dock mesti rasa tak selesa kalau dock takde. Dan sape yg pakai Ubuntu 10.04 skang lagi senang lah nak install dock . Aku pilih cairo dock. sempoi je. cara nak install :-

routermen@routermen-desktop:~$ history
1 sudo add-apt-repository ppa:cairo-dock-team/ppa
2 sudo apt-get update
3 sudo apt-get install cairo-dock
4 history
routermen@routermen-desktop:~$

time ni kalau korang time out masa nak download key dari kerserver, try banyak kali. keyserver tu demam agaknya. Nak run pegi Applications -> Accessories -> Cairo Dock. Nak kasi autorun masa login pegi System -> Preferences -> Startup Applications . tekan Add dan bubuh :-


name: cairo dock
Command: cairo-dock -o
Comment: Terima Kasih Routermen

selamat mencuba :D


Khamis, 17 Jun 2010

OSCC mirror dah up balik

http://mirror.oscc.org.my/

yes. sekian lama . akhirnya up balik. boleh la download dengan pantas skit. tapi kat timedotcom plak. hmm tak kisah la .

Sabtu, 12 Jun 2010

Design logo


Dapat new assignment untuk design logo. Sempat buat 5 design . tapi post 3 je kat sini untuk tatapan sape sape. Juga contoh design business card. Lama tak buat design mendesign ni jadi seronok plak hehe.

Rabu, 2 Jun 2010



Kepada orang2 Islam yang dah leka dan yang Islam hanya pada nama, Ingatlah janji Allah SWT:-

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. Al-Maaidah(54)

Kalau kita leka, kita mula tersasar dari ajaran agama, Allah akan gantikan kita dengan umat Islam yang lebih baik dari kita. Statistik menyatakan Islam adalah agama yang paling pantas berkembang di eropah.

“The image of Islam projected by political Islamic movements is not very attractive,”

Di Alam politik Malaysia umpamanya, saksikan sekarang orang orang kita yang sesama Islam tak habis habis bertikam lidah , bergaduh, memaki hamun, menuduh, berperang dengan idiology dan politik masing2. Agak2 la , rasanya mampu ke orang melayu menaikkan martabat Islam ke peringkat yang lebih tinggi? Dari segi Ilmu, Sains dan kemanusiaan, dari segi penampilan dan tingkah laku? adakah kita menjalankan hidup dan kemasyarakatan yang Islamic ? Atau kita ini lebih mementingkan duniawi?

Tuan tuan rasa kan, adakah dengan persepsi orang bukan Islam , apabila melihat orang melayu secara amnya, dan pemimpin pemimpin kita khususnya, Yang tak habis-habis bertikam lidah, menuduh, memaki , mencaci, tak kira la dari parti mana pun, janji dia melayu dan dia seorang muslim, Ade ke orang bukan Islam respect dan ingin mendekati Islam bila melihat orang orang seperti ini ? Rasanya mereka akan lebih mendekat Islam apabila mereka mula mencari kebenaran dalam agama mereka sendiri dan telah merujuk dan menghayati Al Quran. Kenapa pemimpin kita jadi cam tu ? ape masalah depa ? aku pun tak tau ape masalah depa. Nyatanya orang kita sekarang ni seringnya terhegeh hegeh nak jadi orang barat. Ini tidak limit pada segi pemakaian, pemakanan, tingkah laku saja... Malah adat resam , contohnya konsep bercouple, sambutan hari kekasih, cara melamar, cara memberi hadiah, cara berkahwin, cara bersanding, cara kita berhibur (Malaysian Idol) , Makanan yang kita makan (mcdonald, burger king, kentaki, subway) , minuman (starbucks, coffeebean) dan sebagainya.

Memang benar ada setengah pihak menyatakan makanan dan minuman halal. Tidak najis dan kotor. Tapi jangan lah sampai kita jijik dengan makanan kaum kita sendiri. Kita nanti umpama diprogram atau lebih tepat lagi , diyahudikan dan dinasranikan secara halus.

Dari Abu Sa'id Al-Khudri Ra. ia berkata: Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya. "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang Tuan maksudkan?" Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab, "Siapa lagi?" (kalau bukan mereka). (HR. Muslim)


Jangan satu hari nanti Allah gantikan bangsa melayu dengan bangsa lain yang lebih Islamic, lebih baik dan lebih sempurna agama Islam nya.

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. Al-Asr (1,2,3)

ps: Allah swt tak penah mungkir janji :)

Isnin, 24 Mei 2010

Preto kantoi


dalbotXX (24/05/2010 15:41:48): nasik aku pakai soma
dalbotXX (24/05/2010 15:41:53): pun down arie ni
dalbotXX (24/05/2010 15:41:56): tp x de alert
dalbotXX (24/05/2010 15:41:59): adoi
XXXX_my (24/05/2010 15:41:59): nasik ko pakai soma ? kayanya nasik ko
dalbotXX (24/05/2010 15:42:08): kantoi lar pulak


hehehe nasik pun pakai soma gedey.

Jumaat, 14 Mei 2010

Rabu, 5 Mei 2010

Its latency you stupid.


Banyak orang salah faham tentang bandwidth dan latency. Skang ni berebut rebut orang dok sebuk pasal 10Mbps , 20Mbps, 30Mbps connection speed. ha sebenarn ya termanya bukan speed . tapi bandwidth yer adik adik. meh sini nak habaq mai..

Ape tu bandwidth ? bandwidth ni kira kononnya kita compare proton wira dengan proton satria lah. proton wira bonet dia luas. boleh bubuh banyak barang. proton satria ni bonet dia kecik . barang sikit je bley bawak . itu bandwidth. kira berapa capacity.

latency ni . kelajuan, kalau proton wira tu max speed dia 180km/j .. proton satria tu pun 180km/j, so latency dia sama je . walau pun Abu ada kereta wire yang bonet nyer besar .. tapi secara Am nye .. abu sampai kat ofis dia tetap sama je ngan Ali yg duduk sebelah rumah dia pakai proton satria. depa ni keje kat ofis yang sama .. kluar keje pun sama .. sampai ofis pun serentak sebab bawak kelajuan dan path yang sama ..

adakah bonet besar membantu abu untuk sampai ofis lagi laju ? tidak . dia bantu abu untuk bawak barang lagi banyak je dari Ali . tapi sampai ofis sama gak. Pastu yg kelakar nya hari hari bonet kereta Abu dan Ali tak habis guna pun. paling kuat pun bawak beg laptop sebijik sorang. banyak lagi space kat dalam bonet masing2.

Abu yang tak hensem ni plak sengal rupanya. Dia nak sampai ofis lagi awal dari Ali. Tapi dia fikir dengan ada bonet lagi besar, dia akan sampai lagi cepat ke ofis. So abu yg sengal ni pun beli la lori. memang banyak giler la barang dia boleh bawak .. Namun abu seperti biasa hanya bawak sebijik laptop ke ofis dan kene plak kelajuan lori tu hanya maximum 80km/j . kalau abu dan ali kluar dari rumah serentak . ali tetap sampai ofis dulu , walaupun bonet kereta satria dia kecik hahahaha.

Tak lupa juga, kalau Ali tu pegi keje naik satria , tapi bila balik ke rumah dia naik basikal. maka dia slow gak lah. sebab basikal tu mane laju benor. dah tu plak tambah lagi laptop ali tu berat . abih la . so ape yang nak dihighlightkan disini adalah. Bila anda Access@surfing@connect@lawat ke satu server mengunakan kelajuan proton satria, anda akan tetap slow sebab server atau site tu akan hantar balik anda ke rumah menaiki basikal. tapi kalau server tu hantar naik jet ok la . maka penyebab slow nye hanya lah anda .. tapi kalau dua dua slow ? melopong la depan pc tunggu page nak bukak dekat 5 minit baru habis load. keh keh keh

so jangan la gah sangat beli lori yang ada cap 10Mbps , 20Mbps , 30 Mbps . korang boleh tambah bandwidth kalau ada duit .. tapi korang boleh kurang kan latency line tak ? .. ha kat mane yang buat latency ? kalau device dalam network korang ok la . boleh tukar device yg lagi elok. kalau ISP korang ? tukar ISP ? kat malaysia ni berapa kerat sangat ISP yang ade.

termenung sejenak ?

Sabtu, 24 April 2010

Minyak habis ?




The American Petroleum Institute estimated in 1999 the world's oil supply would be depleted between 2062 and 2094, assuming total world oil reserves at between 1.4 and 2 trillion barrels and consumption at 80 million barrels per day.[4] In 2004, total world reserves were estimated to be 1.25 trillion barrels and daily consumption was about 85 million barrels, shifting the estimated oil depletion year to 2057.[1] A study published in the journal Energy Policy by researcher from Oxford University, however, predicted demand would surpass supply by 2015 (unless constrained by strong recession pressures caused by reduced supply or government intervention).[5] The United States Energy Information Administration predicts world consumption of oil will increase to 98.3 million barrels per day in 2015 and 118 million barrels per day in 2030.[6]


Mungkin lebih cepat . mungkin lebih lambat. walaupun sekarang ni banyak negara tengah giat menjalankan kajian keatas "renewable power" , dan juga teknologi baru seperti kereta elektrik dan sebagainya, yang pasti dunia semakin dahagakan minyak . Minyak satu hari nanti akan habis. bayangkan kereta kereta yang korang beli sekarang. bayangkan elektrik yg korang guna sekarang. Bayangkan kebanyakkan peralatan yang korang guna sekarang. sedikit sebanyak semuanya melibatkan pengunaan minyak dalam process pengeluarannya. ha bayangkan kereta korang yang korang bayar tiap tiap bulan tu . yang mahal tu . pastu bayangkan kapal terbang yg selalu bawak korang pegi melancong tu. dan kapal kapal laut yang selalu bawak barangan import yang korang suka beli tu. Bayangkan semua tu lenyap akibat minyak habis.



Cam mane korang nak charge handphone korang yg canggih tu bila sumber elektrik terhad pada windmill , pada hydroelectric , pada kuasa nuklear ? kuasa solar ? kuasa biofuel ?. Jangan pulak kita lupa , nak tap kedalam sumber renewable pun kita still perlukan minyak untuk buat semua barang2 tersebut. perkakasan, pembuatan, parts. electronics. (tak tau la kalau besok2 semua pekerja kilang kene gerakkan mesin mesin depa gunakan kuderat sendiri) Walaupun teori aku ni takde foundation yang kukuh untuk menjadi satu fakta, kemungkinan tu ada. ya ape yang aku cakapkan ni adalah ...



kita akan kembali ke zaman batu

hehehe. Menakjubkan ? menakutkan ? Tak mungkin ?

Kemudian bayangkan semua kuasa kuasa ketenteraan zaman sekarang yang gah dengan technology stealthnya. gah dengan technology kereta kebalnya, dengan smart bombnya .. dengan cruise missile .. dengan kilo class submarine. semua lenyap. Sekarang kita tau kenapa la Amerika nak sangat jajah IRAQ kan ? sekarang saudara dah faham ? bagus ..

Tapi berapa lama lagi ? Bila kita dah takde semua benda tu ? semua benda yang kita dok berebut rebut guna sekarang ni ? internet .. tv ... handphone .. kemudian kehidupan kita kembali kepada asas. Adakah masa tu amerika mampu mengekalkan kuasanya sebagai dominasi dunia ? atau "the table will turn?"

teori aku :-

yang pertama akan hilang adalah system pengangkutan. semua kereta . bas, motorsikal. kapal terbang , kapal laut . dan bermacam macam lagi kenderaan yang mengunakan minyak akan terbantut dan tersadai. pastu time tu semua berebut beli beskal sebab tu je altenative paling murah. tapi tak lama pastu harga beskal pun mahal. hehe .. time tu kes orang curik kereta elektrik semakin menjadi2. tapi lama lama keter lektrik pun tak leh gerak . sebab kuasa letrik terhad untuk benda lain.

kedua, system komunikasi. telefon, tv, satelite, internet dan sebagainya akan lumpuh. even surat menyurat pun kantoi. sebab kenderaan nak hantar surat korang dah tak bergerak. pastu korang pun jadi sengal. time tu baru la nak sembang dengan jiran2 korang yang dulu nye korang eksyen tak nak tegur sape tu.

lepastu system kumbahan dan rawatan air akan lumpuh. korang nak mandi pun takleh .. sebab pam air yang dok hantar air kat rumah korang dah takde power. time tu baru la sebuk nak gali telaga la gali perigi la . tapi pekakas pun takde .. semua kene manual pakai tangan hehe .. abih la busuk semua orang tak mandi har har har .. sebuk la time tu mandi kat sungai balik. ha baru korang tau. dulu tak nak mandi sungai .. geli konon .. tak bersih konon .

last skali .. institusi pemerintahan akan terhad. law and order akan runtuh. dunia akan kucar kacir.

semuanya kerana minyak ..

fikir fikirkanlah :)

Jumaat, 23 April 2010

Definisi "War Crime"


Di ambil dari wikipedia "

War crimes are "violations of the laws or customs of war"; including "murder, the ill-treatment or deportation of civilian residents of an occupied territory to slave labor camps", "the murder or ill-treatment of prisoners of war", the killing of hostages, "the wanton destruction of cities, towns and villages, and any devastation not justified by military, or civilian necessity".[1]

Enough said . Israel , shame on you.


Ahad, 11 April 2010

Mencontohi orang lain.


Ha .. nak dengar satu cite tak ? ceritanya mcm ni.. One upon a time.. ada la seekor seorang perdana menteri negara eropah yang telah menipu 1MALAYSIA satu dunia untuk menghalalkan peperangan keatas sebuah negara dalam kawasan timur tengah yg bernama IRAQ. Perdana menteri yang tak malu ni telah bersekerongkol dengan satu ekor orang lagi mamat yang berketurunan koboi texas dan rupa-rupanya agenda depa ni sama je, yakni untuk menjahanamkan IRAQ dan menjatuhkan pemerintahan Saddam Hussein.

So depa pun buat la satu fitnah terbesar alaf ini. Fitnah tersebut menyatakan kononnya IRAQ mempunyai WMD (weapon of mass destruction), mempunyai keupayaan untuk melancarkan serangan bom nuklear dalam masa 45 minit ke mana2 saja target di alam fana ini. Jadi semua orang yang tak selidik dan mempercayai fitnah ini bulat bulat telah memberikan kuasa mutlak pada si koboi texas dan juga perdana menteri negara eropah tersebut untuk menghantar anak anak dan muda mudi negarawan mereka mati berjuang di tanah orang lain.

Kenyataannya. Hari ini, Saddam Hussein dah digantung. beberapa lagi geng2 dia pun kene gantung gak. Pemerintahan boneka baru telah dibangunkan di IRAQ. Adakah rakyat IRAQ lebih selamat atau lebih dalam bahaya dari sebelumnya ? Pergaduhan antara puak Sunni dan syiah adalah tambahan pada kemusnahan negara tersebut. Lebih ramai rakyat yg tak berdosa mati . Nampaknya IRAQ telah musnah sama sekali. Peliknya , selepas IRAQ dijajah "diselamatkan" oleh tentera koboi , mana pergi fitnah fitnah sebelum ini? mana bomb nya ? mana nuklear nya ? apakah koboi texas tersebut menyerang sebab nak selamatkan dunia atau nak "selamatkan" minyak IRAQ dan geng geng Masih ad-Dajjal ?

Kita sudah lupa ? tahun 1991 lagi IRAQ telah dikenakan sekatan ekonomi, blockade yang melarang IRAQ mengimport sewenang-wenangnya persenjataan untuk mempertahankan dirinya ... melarang IRAQ untuk mengexport minyak mengikut kehendaknya? Makanan, pakaian dan keperluan asas lain pun disekat. Sekatan ini telah membuatkan banyak anak anak IRAQ mati kebulur. Tak cukup zat makanan. Dan menyebabkan rakyat IRAQ tak berdaya nak mempertahankan negara mereka sendiri. Yang tinggal hanyalah beberapa kerat je persenjataan kuno, instisusi pertahanan yang lemah dari semua segi . kemudian apabila ia lemah baru la depa masuk dah membelasah tentera2 IRAQ. Licik .. sugguh licik.

Dan kenapa fitnah keatas IRAQ tidak diwar warkan bila dah tak jumpa Weapon of Mass Deception Weapon of Mass Destruction ?. diam je semua orang? mane WMD nye ? mane? mane ? tujuk cepat? ha .. apasal kat CNN tak kecho dah pasal penipuan ni? nampaknya bukan Melayu sahaja yang mudah lupa, tapi satu dunia pun mudah lupa ?

Ya, ada orang kata Saddam Hussein ganas .. ada orang kata Saddam Hussein minum arak.. Saddam Hussein bunuh etnik Kurdish, menjalankan pemerintahan dengan kuasa polis seperti "gestapo". orang kata ... Kalau aku kata abu ni jahat . abu ni minum arak , abu bunuh makcik kiah sebelah rumah. Korang pecaya bulat ? kalau korang pecaya bulat2 maknanya korang ni bongok la. Kita ada akal. kita ada fikiran. Kita perlu ingat, sejarah ditulis oleh orang yang berkuasa pada masa itu. So selagi kita tak tahu, kita jangan buat tuduhan. selidik lah. kalau tak mampu selidik. terima la hasil penyelidikan dari sumber yang boleh dipercayai. bukan "telan" je racun racun yang disangka ubat oleh media seperti CNN , BBC dan lain lain.

Berbalik kepada persoalan tadi. Perdana menteri eropah yg dimaksukan tu adalah si penipu en. Tony Blair. Nak jadi cerita ada plak orang kat malaysia ni rajin sangat lah nak ajak penyangak orang ni datang kat malaysia untuk bagi syarahan. Kononnnya nak mencontohi, mempelajari dari tokoh pemerintah ni. Belajar ape ? belajar menipu ? belajar fitnah ? belajar jadi pemimpin yg hantar anak bangsa dia pegi mati kat tempat lain semata2 untuk agenda peribadi si koboi texas ? oh tidak .. jangan .. jangan kasi orang macam ni pijak tanahair kita . Orang macam ni jijik dan kotor, pembunuh , penipu dan penentang keamanan. contohi la tokoh yang lebih baik.. seperti Nabi Muhammad saw. lagi bagus.

Pelik kan . yang baling batu dihukum. yang memberi batu tu pulak yang jadi penghukum ? Kita hidup dalam dunia dimana fitnah terbesar alaf ini tengah dilaksanakan. Tengok saja lah mediamassa luar. Teknik teknik media media Dajjal ni yang suka sangkat mendengangkan cerita dongeng mengenai keganasan saudara2 ku sehingga ramai kawan kawan bukan seagama dengan ku menjadi "Islamophobia" ? Kalau Weapon of mass destruction boleh dijadikan tiket untuk menyerang satu satu negara, jadi kenapa Israel, British dan Amerika tak diserang ? kenapa joe ? kenapa Mat ? kenapa Minah ? kenapa Jane ? jawab jawab jawabbb ..

PS. doakan kami agar kami berada dibelakang barisan saf dan berjuang bersama Imam Mahadi kelak jika hari itu tiba .. amin

Rabu, 7 April 2010

Maksud nama Mior


nama Mior tu ada maknanya, bukan saja-saja letak. asal nama ini adalah dari adat yang dibawa dari tanah Parsi dimana anak-anak lelaki keturunan nabi Muhammad SAW dari sebelah ibu dinamakan MIR. asal perkataan Mir adalah dari bahasa arab iaitu AMIR bermaksud penguasa, pemerintah. jadi setelah para Sayyid tiba di tanah melayu dan berkahwin dengan wanita tempatan, agar hubungan kekeluargaan itu tidak terputus, maka anak dari waris lelaki meneruskan keturunan sayyid dan anak dari keturunan Sharifah dengan penduduk tempatan diberi nama MIR.

di Perak, nama MIR ini telah disesuaikan dengan lidah tempatan hingga ia berubah jadi Mior sebagaimana air jadi ayor.

روترمن: والاوڤون ڤميليهن نام تو ڤنتيڠ، اڤي ڤون جاڠن لا کيت تعصوب دڠن نام. ÙŠÚ  ڤرتام سکالي دتاڽ د اخيرة کلق اداله صلاة کامو. نام سداڤ مناي ڤون تاڤي تياڠ اݢام تق ديريکن سنديري ماو ايڠت لا يير. تق قيصه لا کتورونن اڤي ڤون ، جنجي باءيق سوده ..


routermen: Walaupun pemilihan nama tu penting, ape pun jangan la kita taksub dengan nama. yang pertama skali ditanya di akhirat kelak adalah solat kamu. Nama sedap mane pun tapi tiang agama tak dirikan sendiri mau ingat la yer. Tak kisah la keturunan ape pun , janji baik sudah ..

sumber rujukan - Maknun.

Isnin, 5 April 2010

Sudah jatuh ditimpa escelator



Masak ... memang masak. hangin dan hangin lagi. marah tak berapa marah tapi sedih yang memenuhi hati. Harini hari Isnin , Graphic card 9800GT aku sudah rusak ! abih la wonderking aku terbengkalai. nak jadi cerita , aku pun power up la backup pc aku. tiba tiba dia buat kelakar jugak . aram j tul. sama gak dua dua graphic card rusak ! ape ni, macam dah janji plak sama sama rusak. benda yg sama gak tu. So skang ni aku kene beli 2 graphic card. nasib nasib. so skang ni aku maybe amik 2 bijik 9800GT kot. dlm rm 100 sebijik. ok la bargain gak tu. buat sementara waktu ni kene on laptop lah kat rumah . sib baik ada laptop. oh laptop jangan ko pun buat pasal dah . nauzubillah

Khamis, 25 Mac 2010

HSBB , better late than never


Semalam TM dah launch hsbb. Hape yg aku tau la kan ( dengan nada fedup) , Korea , Jepun dan singapore dah lama merasa hsbb. Kita ni follower je bukan pioneer. betul ! kalau follow slamat. tak buat mende bodoh cam pioneer . leh elak . leh buat elok2. leh itu leh ini. tapi jangan la sampai bejanggut jangut tunggu. fedup dol. bape lame dah histeria ngan kesengalan copperline TM, aku terima berita hsbb ni dengan perasaan yang bercampur baur. gembira kejap, bosan kejap, benci kejap, tapi aku tau , realitinya hsbb takan sampai besok kat depan pintu rumah aku. paling tidak pun malaysia ni nak capai 95% conversion from copper infra ke fiber infra amik masa yang akan berjanggut gak. tumbuh janggut lagi , baru je cukur . hmmph! aram J tul.


Biar la bebaloi lambat sampainye. biarlah bila sampainye takde jin jin pijak connection jadi lambat cam siput babi kalau lambat tapi kita buat kesilapan yg sama cam pioneer pioneer dulu baik tak payah la kan ? Baik kita jadi pioneer je kan ? nak R&D pe jadah la kan ? follow blueprint yg dah buat la ? itu baru follower. nak jadi follower jadi la follower. Kalau nak pioneer gak , pioneer la benda baru, bukan "pioneer benda yg orang dah buat" jadi baik baik la buat keje yer.

Haaaa... lepas tu plak!! kalau dapat 10Mbps , 20Mbps , 30Mbps pun tapi congest kat international route buat APE?? Lain la cam korea, lain la cam jepun , "inhouse" developer provide content,info,software,games,services yang menarik. Semuanya host dalam national route ! so takde la tersumbat kat international route! kita ni ? antara kita mmg la HSBB ? nak keluar takan guna "paip" dulu gak ? tersumbat plak kang . nak main game game akses server-server yg host kat luar ape cite ? Inhouse developer ape cite ? dok bengong lagi tekebil kebil buat game yg target satu bangsa je ke ? kata 1Malaysia beb ? ke 1Malaysia tu semua orang kene belajar semua bahasa ? orait gak tu.

IPTV ? amboi amboi. best nye dengar. bila nak implement tu ? serentak ke atau kene tunggu lagi lama ? takan nak tunggu lama lagi ? tak sempat kot nak tengok worldcup dalam IPTV ? confirm !! aku tau kene sabar dalam hidup ni tapi aku dah sabar semenjak zaman 14.4Kbps lagi. so tak payah cite la lelebih .. dah siap depan rumah aku baru cite la IPTV ke hape ke . lambat lambat dan lambat la korang ni





















Pastu kan, pemilik infra? TM jugakk .. provider internet ? TM jugakkk .. yang jadi lemak berkrim sebab dia monopoly ? TM jugakkk .. So skang ni dah lambat , tapi belum terlambat. biar betul ! biar betul-betul. Sebab kalau salah ! kalau tak betul ! yg tanggungnya ? Kita jugakkkk ...

Rabu, 10 Mac 2010

Keperluan

Aku perlukan :-
------------------

Sabar - sebab walau pun dunia ni sementara, kita perlu sabar dengan dugaan. Kalau tak nanti tak tenteram hidup ni.

Ilmu - penting sebab tanpa ilmu kita akan jadi bongok cam beruk makyey. Pastu merepek tak tentu hala.

Imam - penting benda ni, kalau takda benda ni aku rasa benda benda lain yang aku nak semua takan dapat.


Aku tak perlukan :-
--------------------

Dendam - kalau ada perasaan dendam, hati akan jadi busuk . kalau hati busuk takleh la goreng hehe. jadi aku tak perlukan benda ni. pih jauh jauh

Marah - takde orang suka marah, marah ni penat ko tau tak . ingat best ke marah2 ? pastu lagi tak best adalah orang yang kene marah. pastu mula la satu lagi benda yang aku tak suka yakni :-

Benci - kalau boleh aku tak nak benci kat ape benda sekali pun. aku tau memang susah. lagi lagi vending machine buah yang telan RM5 aku. bagi balik la oi! ni aku benci ni.

Sedih - Bila kucing kesayangan aku mati, baru aku tau sedih ni sebenarnya cam mane. Dulu aku sedih gak , tapi rupanya ade lagi power nyer sedih. hmm aku tak nak tapi aku tau satu hari nanti benda ni mesti ada lagi untuk aku . so redha je la

Aku nak :-
------------------

1)Parking rumah aku orang lain tak kacau. so senang hidup aku tak perlu nak menagih parking sendiri . Jadi la jiran yang perihatin, kalau tak nak perihatin boleh la buat rumah kat dalam hutan, time tu ko parking la mane mane ko suka . sape pun tak marah kecuali jabatan perhutanan@perhilitan.

2) pemilik kereta , lori dan van menghormati orang yang bawak motor. Ingatlah aku ni pun ada orang yang tersayang, so jangan la buat buat tekejut plak. nak masuk simpang kasi la signal . dulu amik lesen cikgu lupa nak ajar ke dol ?

3) tengok cite best malam ni sebelum aku tido. Kalau boleh cite action packed yang ade meletop meletop, ada sepak terajang dan tumbuk menumbuk. ha jumpa dah "from paris with love".

4)Insan itu mempunyai hati yang sama seperti ku . hehe ^___^ hati goreng.

Selasa, 9 Mac 2010

Mandi Manda di Jusco

Haritu aku bawak anak akak aku pi jejalan kat jusco. pastu memandangkan hari tu panas , dan rumah akak aku tu dekat je pun ngan jusco , so depa pun slambe kodok jelah mandi manda kat air pancut kat tengah2 taman jusco tu . ingatkan nak join tapi dah tua . kalau aku kecik2 dah lama aku join har har har . cite selanjutnya sila tengok video ini

Khamis, 4 Mac 2010

coordinate penting dalam hidup ku

6.13278,100.374204 - Kampung Aloq Staq
3.047832,101.696616 - Ofis
3.075516,101.707085 - Kedai Mak Long
3.064267,101.710749 - Nasi Ayam Takim
3.045979,101.645845 - Bawah Pokok Kinrara
2.827277,101.737248 - Localhost
2.832162,101.72342 - Rumah Pina
1.5104133,103.7030266 - Rumah Intan (johor)
2.761886,101.761818 - Noor
3.071404,101.410506 - Papa
4.568127,101.134032 - Rumah Noor Ipoh
2.709315,101.918019 - Ofis Ruffleen
3.014832,101.771474 - Wah Kg Sungai Balak

Isnin, 1 Mac 2010

Sebab Islam melarang hubungan sex luar nikah

Aku baca artikel pasal satu mamat ni dok bising konon dia tak bersalah sebab dia tertipu dengan sorang budak pompuan yang mengaku umur dia 19 tahun , padahal dia 16 tahun yang mengunakan License ID sepupu dia untuk masuk satu night club kat mane tah tapi bukan kat malaysia lah. Full artikel tu boleh di baca di sini

Maknanya mamat ni still tak faham the root cause of his problem. Masalah dia sebenarnya datang dari hubungan luar nikah yang haram disisi agama Islam. Kalau dia beragama Islam dan mempraktikan ajaran Islam, masalah cam ni takan timbul.

Perkara ni dah terjadi banyak dalam masyarakat kita, nak jadi cite, baru baru ni aku balik kampung aku kat kedah. Rumah maktok aku dekat dengan rumah perlindungan gadis gadis yang terjebak dalam masalah masalah seperti di atas. Bila aku tengok, volume orang yang menginap dalam rumah tu membuatkan aku tersentak sekejap. " ramainye" ape dah jadi?

statistic menyatakan bahawa jangkamasa umur gadis gadis ini selalunya terjerumus dalam permasalahan hubungan haram ini adalah dalam lingkungan 15 hingga 25 tahun. Jadi , sekiranya anda mempunyai anak, sepupu, adik, akak, saudara, kawan yang dalam lingkungan umur cam ni, korang kena lebih berjaga jaga.

bukan maksudnya luar lingkungan umur ni korang tak payah jaga. Tapi lingkungan umur ni selalunya gadis gadis ni susah nak fikir dengan logik. Jaga jagalah sebelum terlambat

Berbalik pada keluhan mamat tadi. Ini lah salah satu sebab kenapa Islam melarang perkara begini. Benda ni akan menghantui hidup anda sampai kiamat dan kemudian pada hari kiamat tersebut , anda akan tetap menerima pembalasan.

Jadi , say NO to sex before marriage and be faithful pada agama , bangsa dan negara okay ?

Khamis, 4 Februari 2010

Penipuan Industri Musik

hehe .. sape kate semua artist pandai nyanyi ? Artist malaysia pun skang dah pandai auto tune. cewah cewah


Isnin, 1 Februari 2010

Jaring Networkbox














Hari Rabu ni aku akan singgah ke NOC networkbox . Terasa lama dah aku tinggal NOC tu , rindu plak. Tak sabar rasanya . hahahaha . bak kata din " Hello Jaring Networkbox !"

Rabu, 20 Januari 2010

desktop background

Semalam telebih rajin , mod satu desktop background letak opensource ngan debian logo. Ni hasilnya nyeh nyeh nyeh

Selasa, 19 Januari 2010

Alternate kepada KaVoom

Kalau korang berada dalam ofis yang memerlukan lebih dari 1 pc untuk buat keje, aku rasa korang mesti suka pakai KaVoom. tapi masalah KaVoom ni , dia berbayar hehehe. aku tau korang pun malas nak bawak kluar duit untuk beli software kan ? ntah ntah windows korang pun windows ciplak. So untuk mengelakkan korang buat kesalahan, ape kata pakai alternative software , yang free dan opensource ? pernah dengar synergy ?

Synergy ni concept sama je cam KaVoom. Cuma yang best nye dia free. cara nak setup dalam ubuntu :-


sudo apt-get install synergy

sudo nano /etc/synergy.conf

pastu cut and paste bold text kat bawah.

section: screens
ubuntu:
windowspc:
end

section: aliases
windowspc:
192.168.1.101
end

section: links
ubuntu:
left = windowspc
windowspc:
right = ubuntu
end

section: options
screenSaverSync = false
# My KVM uses Scroll Lock to switch screens, so set the
# hotkey to lock the cursor to the screen to something else
keystroke(f12) = lockCursorToScreen(toggle)
end


*note pada penguna . nama hostname yang terpapar kat bash korang adalah nama screen. unless korang explicitly state dalam config diatas. contohnya :-

root@ubuntu:~# <-- so screen name untuk pc ni adalah "ubuntu" tanpa quote.

so dari pc client korang kene setup screen name untuk pc ini sebagai "ubuntu".

lepas tu bley la guna . hehehe

Ahad, 17 Januari 2010

Jaring ADSL

Akhirnya dapat gak aku pakai ADSL Jaring. Bape lame nye tunggu last last semalam dah boleh pakai. Memang penantian aku berbaloi. Aku bayar RM60 untuk 1Mbps. Dulu Screamyx aku bayar RM66 untuk 512Kbps. bongok tul. ni speed test aku untuk tatapan korang. Jangan jeles yeh. Cepat cepat la tukar . Saya mesti pileh !



Isnin, 4 Januari 2010

Desktop Ku
















Bosan takde keje , so hari ni kita mod windows themes plak . takde special
pun , semua curik dari internet. untuk icons dan themes, guna flyakite. Rocketdock untuk dock system, finder bar dan yahoo widgets . background plak carik kat deviant art. ini la hasil nya hihi :D

Os : Windows XP sp3
flyakiteos 3.5
finder bar 1.5
rocketdock + stack docklet
yahoo widget

ade lagi yang patut aku download tapi malas . contoh macam png icon pack . benda benda yang nak melawakan lagi . cukup je lah. 1/2 jam nye keje kira ok la ni. Selamat mencuba :D

Jumaat, 1 Januari 2010

Torrentflux

Server 30 telah menjalankan servis torrentflux. Bagusnya torrentflux ini adalah apabila ramai penguna didalam satu netw
ork adalah pengemar torrent. Disebabkan tiada centralized system, kebanyakkan penguna akhirnya akan mendownload satu file atau media secara "redundant". Ini amat merugikan dan tidak produktif. Bandwidth dan masa dibazirkan kerana antara user ada yang mendownload file yang sama. Jadi pengunaan torrentflux dapat mengurangkan masalah redundancy ini apabila semua download dijalankan oleh servis torrentflux, dan para-para user dapat memantau file atau media mana yang sudah, telah dan akan di download. Ini dapat mengurangkan redundancy dan penjimatan bandwidth dan secara tak langsung menjimatkan masa dan produktiviti . keh keh keh cam aram je ayat aku ni.

Server 40 pun telah diaktifkan untuk team armhan. sila ke http://torent.info.tm untuk mengaksesnya.