Aku baca artikel pasal satu mamat ni dok bising konon dia tak bersalah sebab dia tertipu dengan sorang budak pompuan yang mengaku umur dia 19 tahun , padahal dia 16 tahun yang mengunakan License ID sepupu dia untuk masuk satu night club kat mane tah tapi bukan kat malaysia lah. Full artikel tu boleh di baca di sini
Maknanya mamat ni still tak faham the root cause of his problem. Masalah dia sebenarnya datang dari hubungan luar nikah yang haram disisi agama Islam. Kalau dia beragama Islam dan mempraktikan ajaran Islam, masalah cam ni takan timbul.
Perkara ni dah terjadi banyak dalam masyarakat kita, nak jadi cite, baru baru ni aku balik kampung aku kat kedah. Rumah maktok aku dekat dengan rumah perlindungan gadis gadis yang terjebak dalam masalah masalah seperti di atas. Bila aku tengok, volume orang yang menginap dalam rumah tu membuatkan aku tersentak sekejap. " ramainye" ape dah jadi?
statistic menyatakan bahawa jangkamasa umur gadis gadis ini selalunya terjerumus dalam permasalahan hubungan haram ini adalah dalam lingkungan 15 hingga 25 tahun. Jadi , sekiranya anda mempunyai anak, sepupu, adik, akak, saudara, kawan yang dalam lingkungan umur cam ni, korang kena lebih berjaga jaga.
bukan maksudnya luar lingkungan umur ni korang tak payah jaga. Tapi lingkungan umur ni selalunya gadis gadis ni susah nak fikir dengan logik. Jaga jagalah sebelum terlambat
Berbalik pada keluhan mamat tadi. Ini lah salah satu sebab kenapa Islam melarang perkara begini. Benda ni akan menghantui hidup anda sampai kiamat dan kemudian pada hari kiamat tersebut , anda akan tetap menerima pembalasan.
Jadi , say NO to sex before marriage and be faithful pada agama , bangsa dan negara okay ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan