Ha .. nak dengar satu cite tak ? ceritanya mcm ni.. One upon a time.. ada la seekor seorang perdana menteri negara eropah yang telah menipu 1MALAYSIA satu dunia untuk menghalalkan peperangan keatas sebuah negara dalam kawasan timur tengah yg bernama IRAQ. Perdana menteri yang tak malu ni telah bersekerongkol dengan satu ekor orang lagi mamat yang berketurunan koboi texas dan rupa-rupanya agenda depa ni sama je, yakni untuk menjahanamkan IRAQ dan menjatuhkan pemerintahan Saddam Hussein.
So depa pun buat la satu fitnah terbesar alaf ini. Fitnah tersebut menyatakan kononnya IRAQ mempunyai WMD (weapon of mass destruction), mempunyai keupayaan untuk melancarkan serangan bom nuklear dalam masa 45 minit ke mana2 saja target di alam fana ini. Jadi semua orang yang tak selidik dan mempercayai fitnah ini bulat bulat telah memberikan kuasa mutlak pada si koboi texas dan juga perdana menteri negara eropah tersebut untuk menghantar anak anak dan muda mudi negarawan mereka mati berjuang di tanah orang lain.
Kenyataannya. Hari ini, Saddam Hussein dah digantung. beberapa lagi geng2 dia pun kene gantung gak. Pemerintahan boneka baru telah dibangunkan di IRAQ. Adakah rakyat IRAQ lebih selamat atau lebih dalam bahaya dari sebelumnya ? Pergaduhan antara puak Sunni dan syiah adalah tambahan pada kemusnahan negara tersebut. Lebih ramai rakyat yg tak berdosa mati . Nampaknya IRAQ telah musnah sama sekali. Peliknya , selepas IRAQ dijajah "diselamatkan" oleh tentera koboi , mana pergi fitnah fitnah sebelum ini? mana bomb nya ? mana nuklear nya ? apakah koboi texas tersebut menyerang sebab nak selamatkan dunia atau nak "selamatkan" minyak IRAQ dan geng geng Masih ad-Dajjal ?
Kita sudah lupa ? tahun 1991 lagi IRAQ telah dikenakan sekatan ekonomi, blockade yang melarang IRAQ mengimport sewenang-wenangnya persenjataan untuk mempertahankan dirinya ... melarang IRAQ untuk mengexport minyak mengikut kehendaknya? Makanan, pakaian dan keperluan asas lain pun disekat. Sekatan ini telah membuatkan banyak anak anak IRAQ mati kebulur. Tak cukup zat makanan. Dan menyebabkan rakyat IRAQ tak berdaya nak mempertahankan negara mereka sendiri. Yang tinggal hanyalah beberapa kerat je persenjataan kuno, instisusi pertahanan yang lemah dari semua segi . kemudian apabila ia lemah baru la depa masuk dah membelasah tentera2 IRAQ. Licik .. sugguh licik.
Dan kenapa fitnah keatas IRAQ tidak diwar warkan bila dah tak jumpa Weapon of Mass Deception Weapon of Mass Destruction ?. diam je semua orang? mane WMD nye ? mane? mane ? tujuk cepat? ha .. apasal kat CNN tak kecho dah pasal penipuan ni? nampaknya bukan Melayu sahaja yang mudah lupa, tapi satu dunia pun mudah lupa ?
Ya, ada orang kata Saddam Hussein ganas .. ada orang kata Saddam Hussein minum arak.. Saddam Hussein bunuh etnik Kurdish, menjalankan pemerintahan dengan kuasa polis seperti "gestapo". orang kata ... Kalau aku kata abu ni jahat . abu ni minum arak , abu bunuh makcik kiah sebelah rumah. Korang pecaya bulat ? kalau korang pecaya bulat2 maknanya korang ni bongok la. Kita ada akal. kita ada fikiran. Kita perlu ingat, sejarah ditulis oleh orang yang berkuasa pada masa itu. So selagi kita tak tahu, kita jangan buat tuduhan. selidik lah. kalau tak mampu selidik. terima la hasil penyelidikan dari sumber yang boleh dipercayai. bukan "telan" je racun racun yang disangka ubat oleh media seperti CNN , BBC dan lain lain.
Berbalik kepada persoalan tadi. Perdana menteri eropah yg dimaksukan tu adalah si penipu en. Tony Blair. Nak jadi cerita ada plak orang kat malaysia ni rajin sangat lah nak ajak penyangak orang ni datang kat malaysia untuk bagi syarahan. Kononnnya nak mencontohi, mempelajari dari tokoh pemerintah ni. Belajar ape ? belajar menipu ? belajar fitnah ? belajar jadi pemimpin yg hantar anak bangsa dia pegi mati kat tempat lain semata2 untuk agenda peribadi si koboi texas ? oh tidak .. jangan .. jangan kasi orang macam ni pijak tanahair kita . Orang macam ni jijik dan kotor, pembunuh , penipu dan penentang keamanan. contohi la tokoh yang lebih baik.. seperti Nabi Muhammad saw. lagi bagus.
Pelik kan . yang baling batu dihukum. yang memberi batu tu pulak yang jadi penghukum ? Kita hidup dalam dunia dimana fitnah terbesar alaf ini tengah dilaksanakan. Tengok saja lah mediamassa luar. Teknik teknik media media Dajjal ni yang suka sangkat mendengangkan cerita dongeng mengenai keganasan saudara2 ku sehingga ramai kawan kawan bukan seagama dengan ku menjadi "Islamophobia" ? Kalau Weapon of mass destruction boleh dijadikan tiket untuk menyerang satu satu negara, jadi kenapa Israel, British dan Amerika tak diserang ? kenapa joe ? kenapa Mat ? kenapa Minah ? kenapa Jane ? jawab jawab jawabbb ..
PS. doakan kami agar kami berada dibelakang barisan saf dan berjuang bersama Imam Mahadi kelak jika hari itu tiba .. amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan