Khamis, 25 Mac 2010

HSBB , better late than never


Semalam TM dah launch hsbb. Hape yg aku tau la kan ( dengan nada fedup) , Korea , Jepun dan singapore dah lama merasa hsbb. Kita ni follower je bukan pioneer. betul ! kalau follow slamat. tak buat mende bodoh cam pioneer . leh elak . leh buat elok2. leh itu leh ini. tapi jangan la sampai bejanggut jangut tunggu. fedup dol. bape lame dah histeria ngan kesengalan copperline TM, aku terima berita hsbb ni dengan perasaan yang bercampur baur. gembira kejap, bosan kejap, benci kejap, tapi aku tau , realitinya hsbb takan sampai besok kat depan pintu rumah aku. paling tidak pun malaysia ni nak capai 95% conversion from copper infra ke fiber infra amik masa yang akan berjanggut gak. tumbuh janggut lagi , baru je cukur . hmmph! aram J tul.


Biar la bebaloi lambat sampainye. biarlah bila sampainye takde jin jin pijak connection jadi lambat cam siput babi kalau lambat tapi kita buat kesilapan yg sama cam pioneer pioneer dulu baik tak payah la kan ? Baik kita jadi pioneer je kan ? nak R&D pe jadah la kan ? follow blueprint yg dah buat la ? itu baru follower. nak jadi follower jadi la follower. Kalau nak pioneer gak , pioneer la benda baru, bukan "pioneer benda yg orang dah buat" jadi baik baik la buat keje yer.

Haaaa... lepas tu plak!! kalau dapat 10Mbps , 20Mbps , 30Mbps pun tapi congest kat international route buat APE?? Lain la cam korea, lain la cam jepun , "inhouse" developer provide content,info,software,games,services yang menarik. Semuanya host dalam national route ! so takde la tersumbat kat international route! kita ni ? antara kita mmg la HSBB ? nak keluar takan guna "paip" dulu gak ? tersumbat plak kang . nak main game game akses server-server yg host kat luar ape cite ? Inhouse developer ape cite ? dok bengong lagi tekebil kebil buat game yg target satu bangsa je ke ? kata 1Malaysia beb ? ke 1Malaysia tu semua orang kene belajar semua bahasa ? orait gak tu.

IPTV ? amboi amboi. best nye dengar. bila nak implement tu ? serentak ke atau kene tunggu lagi lama ? takan nak tunggu lama lagi ? tak sempat kot nak tengok worldcup dalam IPTV ? confirm !! aku tau kene sabar dalam hidup ni tapi aku dah sabar semenjak zaman 14.4Kbps lagi. so tak payah cite la lelebih .. dah siap depan rumah aku baru cite la IPTV ke hape ke . lambat lambat dan lambat la korang ni





















Pastu kan, pemilik infra? TM jugakk .. provider internet ? TM jugakkk .. yang jadi lemak berkrim sebab dia monopoly ? TM jugakkk .. So skang ni dah lambat , tapi belum terlambat. biar betul ! biar betul-betul. Sebab kalau salah ! kalau tak betul ! yg tanggungnya ? Kita jugakkkk ...

Rabu, 10 Mac 2010

Keperluan

Aku perlukan :-
------------------

Sabar - sebab walau pun dunia ni sementara, kita perlu sabar dengan dugaan. Kalau tak nanti tak tenteram hidup ni.

Ilmu - penting sebab tanpa ilmu kita akan jadi bongok cam beruk makyey. Pastu merepek tak tentu hala.

Imam - penting benda ni, kalau takda benda ni aku rasa benda benda lain yang aku nak semua takan dapat.


Aku tak perlukan :-
--------------------

Dendam - kalau ada perasaan dendam, hati akan jadi busuk . kalau hati busuk takleh la goreng hehe. jadi aku tak perlukan benda ni. pih jauh jauh

Marah - takde orang suka marah, marah ni penat ko tau tak . ingat best ke marah2 ? pastu lagi tak best adalah orang yang kene marah. pastu mula la satu lagi benda yang aku tak suka yakni :-

Benci - kalau boleh aku tak nak benci kat ape benda sekali pun. aku tau memang susah. lagi lagi vending machine buah yang telan RM5 aku. bagi balik la oi! ni aku benci ni.

Sedih - Bila kucing kesayangan aku mati, baru aku tau sedih ni sebenarnya cam mane. Dulu aku sedih gak , tapi rupanya ade lagi power nyer sedih. hmm aku tak nak tapi aku tau satu hari nanti benda ni mesti ada lagi untuk aku . so redha je la

Aku nak :-
------------------

1)Parking rumah aku orang lain tak kacau. so senang hidup aku tak perlu nak menagih parking sendiri . Jadi la jiran yang perihatin, kalau tak nak perihatin boleh la buat rumah kat dalam hutan, time tu ko parking la mane mane ko suka . sape pun tak marah kecuali jabatan perhutanan@perhilitan.

2) pemilik kereta , lori dan van menghormati orang yang bawak motor. Ingatlah aku ni pun ada orang yang tersayang, so jangan la buat buat tekejut plak. nak masuk simpang kasi la signal . dulu amik lesen cikgu lupa nak ajar ke dol ?

3) tengok cite best malam ni sebelum aku tido. Kalau boleh cite action packed yang ade meletop meletop, ada sepak terajang dan tumbuk menumbuk. ha jumpa dah "from paris with love".

4)Insan itu mempunyai hati yang sama seperti ku . hehe ^___^ hati goreng.

Selasa, 9 Mac 2010

Mandi Manda di Jusco

Haritu aku bawak anak akak aku pi jejalan kat jusco. pastu memandangkan hari tu panas , dan rumah akak aku tu dekat je pun ngan jusco , so depa pun slambe kodok jelah mandi manda kat air pancut kat tengah2 taman jusco tu . ingatkan nak join tapi dah tua . kalau aku kecik2 dah lama aku join har har har . cite selanjutnya sila tengok video ini

Khamis, 4 Mac 2010

coordinate penting dalam hidup ku

6.13278,100.374204 - Kampung Aloq Staq
3.047832,101.696616 - Ofis
3.075516,101.707085 - Kedai Mak Long
3.064267,101.710749 - Nasi Ayam Takim
3.045979,101.645845 - Bawah Pokok Kinrara
2.827277,101.737248 - Localhost
2.832162,101.72342 - Rumah Pina
1.5104133,103.7030266 - Rumah Intan (johor)
2.761886,101.761818 - Noor
3.071404,101.410506 - Papa
4.568127,101.134032 - Rumah Noor Ipoh
2.709315,101.918019 - Ofis Ruffleen
3.014832,101.771474 - Wah Kg Sungai Balak

Isnin, 1 Mac 2010

Sebab Islam melarang hubungan sex luar nikah

Aku baca artikel pasal satu mamat ni dok bising konon dia tak bersalah sebab dia tertipu dengan sorang budak pompuan yang mengaku umur dia 19 tahun , padahal dia 16 tahun yang mengunakan License ID sepupu dia untuk masuk satu night club kat mane tah tapi bukan kat malaysia lah. Full artikel tu boleh di baca di sini

Maknanya mamat ni still tak faham the root cause of his problem. Masalah dia sebenarnya datang dari hubungan luar nikah yang haram disisi agama Islam. Kalau dia beragama Islam dan mempraktikan ajaran Islam, masalah cam ni takan timbul.

Perkara ni dah terjadi banyak dalam masyarakat kita, nak jadi cite, baru baru ni aku balik kampung aku kat kedah. Rumah maktok aku dekat dengan rumah perlindungan gadis gadis yang terjebak dalam masalah masalah seperti di atas. Bila aku tengok, volume orang yang menginap dalam rumah tu membuatkan aku tersentak sekejap. " ramainye" ape dah jadi?

statistic menyatakan bahawa jangkamasa umur gadis gadis ini selalunya terjerumus dalam permasalahan hubungan haram ini adalah dalam lingkungan 15 hingga 25 tahun. Jadi , sekiranya anda mempunyai anak, sepupu, adik, akak, saudara, kawan yang dalam lingkungan umur cam ni, korang kena lebih berjaga jaga.

bukan maksudnya luar lingkungan umur ni korang tak payah jaga. Tapi lingkungan umur ni selalunya gadis gadis ni susah nak fikir dengan logik. Jaga jagalah sebelum terlambat

Berbalik pada keluhan mamat tadi. Ini lah salah satu sebab kenapa Islam melarang perkara begini. Benda ni akan menghantui hidup anda sampai kiamat dan kemudian pada hari kiamat tersebut , anda akan tetap menerima pembalasan.

Jadi , say NO to sex before marriage and be faithful pada agama , bangsa dan negara okay ?