Isnin, 16 Ogos 2010

Reformasi

" And when it is said to them, "Do not cause corruption on the earth," they say, "We are but reformers. Unquestionably, it is they who are the corrupters, but they perceive [it] not. Sura Al-Baqarah , Aya 11-12 (Sahih International) source Tanzil

Adakah anda seorang reformist ? anda ingin ber-reformasi ? Apakah anda faham maksud reformasi ? reformasi dipinjam dari perkataan "reformation" yang bermaksud :-

improvement (or an intended improvement) in the existing form or condition of institutions or practices etc.; intended to make a striking change for the better in social or political or religious affairs

Pastikan kita adalah orang yang benar benar membuat perubahan kepada yang lebih baik. Jangan jadi orang orang yang membuat perubahan kepada benda yang lebih buruk seperti yang diterangkan dalam Surah Al-Baqarah , ayat 11 - 12 di atas. Nauzubillah


Routermen kata : Kalau dah ok nak repair ke? .. kang jahanam nanti

Selasa, 10 Ogos 2010

Link

http://tanzil.info/ - Best

Sabtu, 7 Ogos 2010

Rakyat malaysia hidup dalam alam fantasi

Orang malaysia hidup dalam alam fantasi. Benar. tak tipu. bukan satu andaian mahupun teori. tapi kebenarannya , rakyat malaysia hidup dalam alam fantasi. Alam fantasi ini mengambarkan bahawa Malaysia sebenarnya terkecuali dari bahaya , kebinasaan dan ancaman. fantasi yang menyebabkan rakyat malaysia hidup dalam sambil lewa. tak endah dan mengambil mudah dalam serba serbi.


Kita anggap gempa bumi hanya berlaku di negera luar. kita anggap peperangan hanya berlaku di Iraq, di Afganistan, di timur tengah, di Palestine .

Kita juga ni sebenarnya tak ubah macam orang Islam di Andalusia dahulu kala. Kita anggap amaran amaran Allah swt tentang kebinasaan adalah orang selain dari kita. Kita terkecuali dari azab dunia, kita terselamat dari kejahatan dan Khianat manusia. Kita anggap ujian Allah hanya pada umat Islam di negara lain, bukan di Malaysia.

Persoalannya adakah Andalusia wujud pada masa kini?

This relatively small campaign was of momentous consequences as Granada was the last outpost of Al-Andalus in Spain and its fall brought to an end 780 years of Muslim control in the Iberian peninsula. -source:wikipedia

tinggal sejarah!

Ada pun Andalusia adalah gedung Ilmu tersohor pada masa kegemilangannya, namun tetap mampu rebah, mampu tersungkur , mampu tersadung dan berterabur. bayangkan Malaysia dengan tahap intelek umat Islamnya. Jika Andalusia mampu rebah dalam masa 700 tahun, mampukah umat Islam di Malaysia bertahan dan memperkasakan diri lebih jauh dan lebih lama dari itu ? dengan sikap kita sekarang ?

Kita anggap semua ilmu di dunia tidak perlu dicari. kita hanya tunggu orang lain yang menimba . kemudian kita akan "menganga" mulut dan kemudian ilmu itu disuap kedalam mulut kita satu persatu tanpa perlu bersusah payah untuk mengkaji .. tanpa perlu susah payah untuk di cari .. tanpa perlu bersusah payah untuk ditimba. Adapun Ilmu yang kita cari tidak bermanfaat malah bersifat membinasakan.

Kita lena diulik mimpi. Kita buta dalam celik. Kita pekak dalam mendengar.

Bercerita tentang Pekak. teringat saya pada satu kes yang menarik di terangkan oleh seorang rakan. Cerita ini mengesahkan satu kejadian dimana seorang insan yang pekak , yang tidak boleh mendengar . namun dia mampu mendengar azan. nah .. ini satu keajaiban berlaku.. Orang kita lantas mengagumi kekuasaan Allah. ya benar. memang itu kekuasaan Allah .. tapi sampai situ sajakah keagungan Allah? memberi keistimewaan seorang yang pekak untuk mendengar Azan ? tidak kah terlintas di pemikiran para cendiakawan Islam ? bahawasanya Allah ingin memberikan ilmu ? memberikan kita peluang untuk mengkaji , apakah yang menyebabkan insan pekak itu mampu mendengar azan ? apakah yang menyebabkan dia mampu mendengar Azan ? adakah disebabkan gelombang frekuensi yang menyebabkan insan pekak itu mampu mendengar azan ? tapi kenapa tiada kajian menyeluruh ? kenapa kita hanya kagum ? tapi tidak mahu menyelidik ? nah .. tidak terlintas di minda kita ini, sebenarnya Allah ingin memberi ilmu. Kenapa ? jika orang barat mampu melakukan kajian menyeluruh. kenapa kita tidak ? adakah kita perlu tunggu kajian mereka ? kita tak mampu? kita tak cukup cerdik ? apa masalahnya ?

malas, sambil lewa, kepercayaan karut, kurafat.

Itu jawapannya.

Kepercayaan karut , shirik , kurafat memang dah lama menjadi duri dalam daging orang melayu khususnya yang telah menjadi racun racun yang merosakkan minda minda melayu, menjadikan mereka lemah, keliru dan tidak tentu arah. Jangan main main. benda ni bukan sahaja bahaya.. silap aribulan tido dalam neraka je besok2. naya naya .. jangan cari penyakit.. cari la keredhaanNya *thumsb up*

Kita juga malas . kita suka bersambil lewa .. Orang barat tak habis habis memperjuangkan kebebasan ilmu. Di internet umpamanya . mereka berteriak dengan slogan "open source, sharing information, dan sebagainya". Sesi perkongsian ilmu dan hasil kajian juga dipertontonkan dan dipersidangkan melalui forum forum dan juga seminar seminar. TED umpamanya , adalah satu platform yang menjadi arena untuk mempersembahkan idea idea baru dan informasi terkini .

Namun kita hanyalah penonton. Tetapi kenapa kita hanya mampu kagum? kenapa kita hanya mampu menunggu? bilakah teknologi itu akan sampai ke riba kita ? bilakah idea idea itu akan direalisasikan ? Kenapa kita tidak kejar sendiri idea idea tersebut dan mempermudahkannya . memperbaikinya serta menaiktarafkannya? adakah kita akan menunggu sehingga mereka mereka itu datang dari jauh untuk mengajar kita ? tapi sejauh manakah ketelusan mereka ? Adakah anda pasti mereka memberikan segala ilmu yang mereka ada secara menyeluruh? separuh? sebahagian? atau tidak sama sekali?

tidak ..

Mereka bukanlah "opensource " seperti yang kita sangka kan


Ilmu yang kita dapat hanyalah ilmu yang lapuk. yang dah habis kewibawaan. yang sedikit . supaya kita hanya mampu mengoperasi. hanya mampu mengerak . hanya mampu maintain. Ilmu untuk mencipta ? untuk membuat ? untuk melakar ? untuk mempelopor? berapa kerat sangat yang ada ?

"Buat ape nak ajar lebih lebih . nanti naik tocang"

saringan ilmu sebenarnya terjadi. Sebab tu kita tak boleh tunggu untuk di "spoon feed". Sampai bila kita nak menagih ilmu orang ? Bilakah kita pula yang ditagih ilmu ? tidak mungkin?

"Zaman kegemilangan Islam"

Kenapa umat Islam dulu boleh ? bermacam macam jenis ilmu . dari astronomi, matematik ,sains , perubatan dan sebagainya. Rupanya mereka rajin. tak macam kita . malas ! Adakah mereka tunggu untuk disuap segala ilmu ? tidak. untuk berada di depan, kita perlu menjadi pelopor. mari ramai ramai sedar. Jangan tipu diri sendiri. kalau korang tak pecaya, cuba bagi aku senarai pelopor@pioneer teknologi-teknologi kat malaysia ? ke semua import teknologi je lebih. ( sambil menghela nafas panjang )

pokoknya ..

Malaysian lives in a fairytale land ..

Bangun dari tidur!!! .. bangun dari lena!!! .. bangun dari mimpi!!

Wahai diri ini !!! Wahai saudara saudari ku !!!

Aku dan Kamu sebenarnya adalah target kaum kaum Kafir musyrikin yang hajat mereka untuk membinasakan kamu. Kamu adalah SASARAN.. Jangan sampai mereka dah berdiri depan rumah untuk menyembelih kamu, baru kamu teringat nak menimba ilmu.

Seek knowledge like your life depends on it !!

bersikap sambi lewa adalah lamunan bagi orang orang yang gagal mengenggam realiti. Memang susah untuk menjadi orang rajin. sebab rajin tu perlukan usaha. Jangan simpan angan2 mat jenin, usaha tak seberapa , tapi nak maju mengunung menlangit. Usaha perlu synonim dengan pengetahun. Baru maju ke hadapan. Bukan yang mundur kehadapan.

YA!

mundur kehadapan .. bangsa yang negaranya makin maju .. makin kehadapan .. tapi anak bangsanya mengemis di bumi sendiri.

Orang kata bencana tak boleh di elak.. Tapi Allah janji Qada dan Qadar . Jangan jadi orang bodoh takde pengetahuan.. bila berperang pakai parang .. lawannya pakai mesingun ..


Dah keluar dari alam fantasi anda ?

routermen kata : pesanan ini khususnya adalah lebih kepada diri sendiri dan juga untuk semua insan diluar sana secara amnya (contoh alam fantasi yang terang2 ? akademi fantasia )

Ahad, 1 Ogos 2010

7 rindu sekolah menyamar pelajar

Sumber: Harian Metro 28/07/2010

KUALA LUMPUR: Tujuh pemuda yang rindu alam persekolahan ditahan polis semalam selepas menyamar pelajar di sebuah sekolah menengah di Taman Melawati di sini, semalam.
Semuanya yang berumur 20 tahun lengkap berpakaian seragam sekolah termasuk seorang berbaju kurung ditahan ketika leka mengikuti pembelajaran dalam kelas, kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan.
“Mereka masuk ke sekolah itu kira-kira jam 7.30 pagi dan menyertai perhimpunan pagi sekolah. Selepas tamat perhimpunan, ketujuh-tujuh bekas pelajar itu masuk ke kelas lama masing-masing iaitu kelas mereka ketika tingkatan lima sesi 2007,” katanya.

Kehadiran ‘pelajar baru’ di dalam kelas itu disedari guru yang kemudian menghubungi polis.

“Hasil soal siasat, kami mendapati punca mereka menyamar pelajar sekolah itu atas alasan ingin kembali semula ke alam persekolahan. Mereka duduk dalam keadaan sopan tanpa sedikit pun mengganggu sesi pembelajaran,” kata Abdul Jalil.

Beliau berkata ketujuh-tujuh lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil.

“Semua lelaki itu tidak bekerja ataupun belajar. Polis sudah memanggil ibu bapa masing-masing sebelum mereka dibebaskan kira-kira jam 8 malam tadi.

“Polis dalam proses mengambil keterangan guru dan pelajar sekolah itu. Siasatan juga dijalankan sama ada bekas pelajar itu mempunyai niat untuk melakukan jenayah di sekolah berkenaan,” kata Abdul Jalil.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh. — Bernama

Routermen kata : dulu time skolah monteng je keje . skang dah takleh pegi skolah gatai nak masuk skolah balik. korang ni malas nak belajar ke belajar nak malas ? ( ape aku merepek ni ) wat malu melawatians phaseque je

Sabtu, 24 Julai 2010

HTS3181 yang sengal



Philips ko memang penipu. Support MPEG4 Codec konon. Penat je aku download semua video lagu kegemaran. pastu bila nak play kat kau takbley plak . kluar suara je .. mender la ko ni.

katanya support DiVX ultra .. menatang ape da .. tak best langsung. terpaksa aku convert semua mp4 ke mpeg. mpeg besar gedabak ko tau tak philips !!! mana aku nak sumbat semua lagu tu ..

ni ninpou nak convert. make sure korang ade ffmpeg . kalau takde install lah.. apt-get install ffmpeg. so skang bley la tengok nancy ajram nari nari kat tv. :P


routermen@routermen-desktop:~/Desktop/music vid$ ffmpeg -i waving\ flag\ 480p.mp4 -target pal-dvd -ps 2000000000 -aspect 16:9 wavingflag.mpeg
FFmpeg version SVN-r0.5.1-4:0.5.1-1ubuntu1, Copyright (c) 2000-2009 Fabrice Bellard, et al.
configuration: --extra-version=4:0.5.1-1ubuntu1 --prefix=/usr --enable-avfilter --enable-avfilter-lavf --enable-vdpau --enable-bzlib --enable-libgsm --enable-libschroedinger --enable-libspeex --enable-libtheora --enable-libvorbis --enable-pthreads --enable-zlib --disable-stripping --disable-vhook --enable-runtime-cpudetect --enable-gpl --enable-postproc --enable-swscale --enable-x11grab --enable-libdc1394 --enable-shared --disable-static
libavutil 49.15. 0 / 49.15. 0
libavcodec 52.20. 1 / 52.20. 1
libavformat 52.31. 0 / 52.31. 0
libavdevice 52. 1. 0 / 52. 1. 0
libavfilter 0. 4. 0 / 0. 4. 0
libswscale 0. 7. 1 / 0. 7. 1
libpostproc 51. 2. 0 / 51. 2. 0
built on Mar 4 2010 12:35:30, gcc: 4.4.3

Seems stream 1 codec frame rate differs from container frame rate: 50.00 (50/1) -> 25.00 (25/1)
Input #0, mov,mp4,m4a,3gp,3g2,mj2, from 'waving flag 480p.mp4':
Duration: 00:04:02.68, start: 0.000000, bitrate: 659 kb/s
Stream #0.0(und): Audio: aac, 44100 Hz, stereo, s16
Stream #0.1(und): Video: h264, yuv420p, 480x280, 25 tbr, 25 tbn, 50 tbc
Output #0, dvd, to 'wavingflag.mpeg':
Stream #0.0(und): Video: mpeg2video, yuv420p, 720x576 [PAR 64:45 DAR 16:9], q=2-31, 6000 kb/s, 90k tbn, 25 tbc
Stream #0.1(und): Audio: ac3, 48000 Hz, stereo, s16, 448 kb/s
Stream mapping:
Stream #0.1 -> #0.0
Stream #0.0 -> #0.1
Press [q] to stop encoding
[dvd @ 0x9720190]buffer underflow i=1 bufi=1335 size=1792
frame= 6067 fps= 51 q=1.6 Lsize= 146980kB time=242.62 bitrate=4962.7kbits/s
video:130367kB audio:13268kB global headers:0kB muxing overhead 2.328416%
routermen@routermen-desktop:~/Desktop/music vid$

Berikut adalah email aku hantar email ke philips support.

Beli atau tak beli ? itulah soalannya.



6 hari bulan ogos. pc fair datang lagi. Teringat zaman dulu2, pc fair ni la tempat jumpa balik geng2 lama. Tapi zaman tu pun dah berlalu .. pcfair pun dah pindah pegi KLCC .. hmm..

Bila pegi pcfair . satu benda yang selalu aku carik adalah storage. DVD kosong , thumbdrive , hard disk dan sebagainya . Tapi betul ke harga kat pc fair murah ? berbaloi kah ? mengharungi lautan manusia yang berpusu pusu macam kat pasar malam je aku tengok. semata mata untuk membeli barangan pc ? Macam mane plak dengan masalah warranty ? ha sebut pasal barang barang pc fair yang rosak ni aku nak share beberapa cerita "menakutkan" dan menyedihkan yang dialami oleh aku dan beberapa rakan rakan yang lain. tapi disebabkan blog ni aku punya , so cite kat sini cite aku je la . sebuk je cite orang lain nak masuk buat ape :D

RAM
---

aku tak ingat pcfair tahun bila . tapi tak lama dulu gak lah. Aku beli RAM 2GB DDR2 dekat pcfair . harga tak beza mane .. margin untung rm 5 je dari beli kat lowyat . So aku pun balik la dengan happy gabannye nak sumbat DDR2 tu masuk dalam pc aku .. bila sumbat je

tiba tiba pc aku hang . ok . aku budget maybe aku tak tekan habis kot .. so aku reseat balik lah . pastu dia boleh boot .. ok la .. tapi bila masuk je windows terus blue screen. aku termenung kejap . ape kes ni .. aku pun amik la linux live cd aku ..aku boot pastu test mem . skali ram tu kantoi. aku tak puas hati lagi .. so aku cabut ram lama aku .. aku boot pakai ram baru tu je


sama gak .. kantoi ..cayanunalip-beng tul . aku dok terbayangkan bertapa penat nye aku terkial kial kat dalam pcfair tu langgar langgar bahu orang .. semata mata nak dapat ram rosak . aku rasa kalau time tu ada cermin aku pun takut tengok muka aku yang tengah marah tu hehe ..

So takpe la .. malam tido dengan penuh kehampaan .tak dapat gak merasa 4GB .. konon nak bedal vmware la. simpan dulu hajat .. besok pagi aku bergegas naik motor .. pegi LRT station .. naik LRT .. turun LRT .. jalan jalan .. pastu jalan jalan lagi .. pastu masuk pintu .. naik escalator .. hah ..pastu tengangga tengok orang beratur nak tunggu untuk masuk pcfair .. dalam ati aku .. tak guna tul .. kurang RM5 je .. ni dah lebih dari RM5 dah ni .. rugi dan rugi lagi .. (tu la kedekut sangat . padan muke)


lepas beberapa minit tu .. dapat la aku masuk .. so jalan jalan .. belok sana belok sini. kona sana kona sini .. langgar orang sana .. langgar orang sini .. pastu kene amik balik segala pamplete2 yang orang hulur ( kang tak amik kang kata sombong plak ) .. maka sampai la aku depan kedai tak guna tu. Aku pun cakap ngan dia .. ram ni rosak. aku nak tukar .. ni resit.

Alangkah hanginnyer aku bila dia cakap .. oo ini encik kena pegi kita punya kedai dekat subang jaya. aku nak je lompat masuk booth tu amik semua ram .. kumpul tengah2 kedai dia pastu bakar buat unggun api. tapi disebabkan aku ni penyabar (konon) aku cakap kat dia cam ni la lebih kurang.. "alo geng. ini barang .. baru satu hari beli, resit ada .. 1 minggu mesti 1 to 1 exchange.. lu panggil lu punya manager . saya mau cakap sama dia ".

aku budget mamat tu cuak kot tengok muka aku ni hehe .. so dia pun tak cite banyak .. dia terus tukar RAM tu .. aku siap cakap .. habis kalau rosak lagi skali .. aku datang aku nak duit balik .. pastu dia angguk je .. hangin tul aku .. kepala hotak dia .. ade ke suruh aku pegi subang jaya. Semenjak hari tu .. aku berfikir 2 kali untuk beli barang kat pcfair..

tapi kalau nak beli pun . aku akan tanya dulu soalan2 cepu mas kat depa sebelum aku beli. umpamanya.

1. kalau rosak 1 to 1 exchange ?
2. you punya kedai dekat mana? (kalau jauh aku tak beli) kalau nama pelik dan tak penah dengar aku tak beli gak.
3. Nama promoter tu. so nanti senang nak refer kalau besok ko datang balik .

So jaga jaga la adik2 dan kawan2. Pcfair ni kadang2 gah je lebih. padahal takde ape pun. bukan kurang banyak pun .. dia nyer excited je sebab ramai orang .. tapi kalau korang jenis cam aku .. aku tak suka orang ramai .. sebab tu kalau pegi lowyat .. aku tak pegi hari sabtu atau ahad :D

dapat je ram ..sampai rumah .. sampai lupa nak bukak helmet .. aku boleh pasang ram dulu .. dah boot habis .. pastu dapat tengok 4GB ram kat screen terpancar dengan hensemnyer .. baru la aku teringat helmet aku tak bukak lagi .. ha .. sampai cam tu skali aku nyer hangin.. :D

beli atau tak beli ? lu pikir la sendiri


harini aku dapat error "ioctl(SIOCSIWMODE) failed: Device or resource busy" masa run airodump-ng. Rupanya aku nyer Wlan0 dah tukar dari monitor mode ke managed mode (upgrade kernel pun bley buat magic cam ni ke ?) . Tapi takpe . mari kita tukar balik hehe..

root@routermen-desktop:~$ sudo iwconfig wlan0
wlan0 IEEE 802.11bg ESSID:"xxxxxx"
Mode:Managed Frequency:2.437 GHz Access Point: XX:XX:XX:XX:XX:XX:XX:XX:XX
Bit Rate=1 Mb/s Tx-Power=27 dBm
Retry long limit:7 RTS thr:off Fragment thr:off
Encryption key:off
Power Management:off
Link Quality=36/100 Signal level=36/100
Rx invalid nwid:0 Rx invalid crypt:0 Rx invalid frag:0
Tx excessive retries:0 Invalid misc:0 Missed beacon:0

root@routermen-desktop:~$


So kene tukar lah mode ..

root@routermen-desktop:~$ sudo ifconfig wlan0 down
root@routermen-desktop:~$ sudo iwconfig wlan0 mode monitor
root@routermen-desktop:~$ sudo ifconfig wlan0 up
root@routermen-desktop:~$ sudo iwconfig wlan0
wlan0 IEEE 802.11bg Mode:Monitor Frequency:2.437 GHz Tx-Power=27 dBm
Retry long limit:7 RTS thr:off Fragment thr:off
Power Management:off

root@routermen-desktop:~$ sudo airodump-ng wlan0
CH 5 ][ Elapsed: 16 s ][ 2010-07-24 18:33

BSSID PWR Beacons #Data, #/s CH MB ENC CIPHER AUTH ESSID

xx:xx:xx:xx:xx:xx 0 4 0 0 10 54 . WEP WEP clai
xx:xx:xx:xx:xx:xx 0 13 1 0 6 54 . WEP WEP dlink
xx:xx:xx:xx:xx:xx 0 26 1 0 6 54 . WPA2 CCMP PSK wifimen

BSSID STATION PWR Rate Lost Packets Probes

(not associated) XX:XX:XX:XX:XX:XX 0 0 - 1 19 3
(not associated) XX:XX:XX:XX:XX:XX 0 0 - 1 26 10 masterkedaung
(not associated) XX:XX:XX:XX:XX:XX 0 0 - 1 90 3 masterkedaung
^C
root@routermen-desktop:~$


skang back in business .. leh torrent guna wifi orang lain har har har . whoops .. terkuat plak cakap ..


routermen kata : haram-j tul . signal strengh 36% je . tapi takpe la .. wifi donggle pun harga rm 28 ringgit . banyak komplen tul aku ni