Khamis, 28 April 2011

Ayam masak merah

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit
  • ## Bahan-bahan kisar ##
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato
  • ## Bahan Hias ##
  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api
routermen kata: memang sedap resepi ni. terbaek. tima kasih myresepi

Nasi Tomato

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 cawan beras basmati
  • 2 biji tomato-potong dadu
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam
  • ## Bahan tumis ##
  • 2 sudu mentega/ minyak sapi
  • 2cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1/4 bawang besar dihiris
  • ## Hiasan ##
  • Bawang goreng

Cara-cara

  1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
  2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
  4. Masaklah nasi macam biasa.
  5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng

Khamis, 21 April 2011

typical (Malay) IT staff in malaysia


aku tahu statement ni mengaibkan kaum sediri. tapi kenyataannya memang macam tu nak buat cam mane. Kebanyakkan staff IT berbangsa lain ada initiatif untuk membuat semakan sendiri sebelum merujuk kepada pihak ketiga. Tapi staff2 IT dari kaum aku sendiri kebanyakkannya ( bukan semua) pemalas, suka tolak terus kat pihak ketiga. dan 90% dari masalah tu bukan melibatkan pihak ketiga pun, datang dari mereka sendiri. ini la hari hari aku kene mengadap. wahai orang2 yang bekerja di dept IT walau dimana pun kamu berada.. tolong lah tshoot dulu. jangan la pemalas sangat. kalau tak reti pegi belajar. wat ape keje kat dept IT kalau tak tau IT.

Rabu, 13 April 2011

Vocaloid ?



Vocaloid di"enhanced" oleh routermen . care x yeop ?

Selasa, 12 April 2011

Network Printer on a different Network ?

Ha mcm mane tu ? network printer yang berada di network yang lain? katakanlah korang nyer ofis terbahagi kepada beberapa network yang berlainan. Nak jadi cite plak, korang nyer network takde printer. Pastu network orang lain ade plak printer. (hampeh tul). so kalau nak print korang terpaksa lah copy file masuk dalam thumbdrive , bawak pegi pc kat network sebelah tu, pastu bukak file , baru print. leceh kan ? kene plak takde pc kosong. kene mintak tolong orang kat network sebelah tu printkan. (muka pun masam jer) ha .. so bagi mengelakkan muka masam , cam ni cara nya.

Bahan bahan
-------------
Satu biji pc yang menjalankan operasi Linux dengan servis SSH (berada dalam network sebelah).
Satu biji Printer di network sebelah
Satu biji pc korang yang ade SecureCRT (kalau guna Putty pun bley tapi tak ajar kat sini)

alamak . ada keja plak .. nanti sambung


tldr: konon nak ajar orang setup network printer diluar network sendiri. tapi lepas tu jadi malas plak. hrmm.. nanti lah

Selasa, 5 April 2011

Sports Carnival

yeh. sports carvival is back. Kali ni aku dapat masuk group A. Kemungkinan besar nama group akan jadi Lion King. Jadi aku design satu logo based on stock vector . pastu depa cakap muka singa tu cam dah tua. hahaha ..

so perubahan telah dilakukan.

"membeli masa"

masa itu emas. lagi lagi bagi orang yang tak cukup masa untuk hantar assignment. Aku jumpa satu "trick" yg menarik boleh dipraktikkan oleh bangla2 yg kaki hantar lambat assignment. sila rujuk gambar di bawah (klik untuk gambar besar) :-

Sabtu, 2 April 2011

SSH reverse tunnel

Semalam kawan aku call. Dia tanya cam mane nak Reverse tunnel dari SSH. aku blur kejap. dah lama tak buat. terpaksa carik balik "toyol" lama kat jnota hehe . bila dah jumpa , tergerak hati nak share kat sini.

ok. situasinya begini.

User ingin mengakses ke Server B. Server B ni ada connection ke internet, namun Server B ni berada dibelakang NAT/Firewall. menyebabkan connection secara terus dari internet ke Server B adalah mustahil (hehe).

untuk membolehkan Server B ni di akses. Server B perlu menyediakan Tunnel ke Satu server lain yang boleh diakses direct dari internet. Kita beri nama Server tersebut sebagai Server A.
Jadi di Server B , user tu pun type lah :-

[root@ServerB ~]# ssh -R 2222:localhost:22 root@ServerA.nak.akses.gak.com

maksudnya, server B telah menyediakan "mendengar" pada port 22 di localhostnya dari port 2222 di server A. Reverse tunnel telah dilakukan antara server B dan Server A.

Sekarang User tersebut boleh mengakses server B dari server A dengan menaip command berikut :-

ServerA# ssh mior@localhost -p 2222.
mior@localhost's password:
Last login: Sat Apr 2 09:05:59 2011 from ServerB.takleh.masuk.com
[mior@ServerB ~]$

Selamat mencuba :D