Isnin, 16 Ogos 2010

Reformasi

" And when it is said to them, "Do not cause corruption on the earth," they say, "We are but reformers. Unquestionably, it is they who are the corrupters, but they perceive [it] not. Sura Al-Baqarah , Aya 11-12 (Sahih International) source Tanzil

Adakah anda seorang reformist ? anda ingin ber-reformasi ? Apakah anda faham maksud reformasi ? reformasi dipinjam dari perkataan "reformation" yang bermaksud :-

improvement (or an intended improvement) in the existing form or condition of institutions or practices etc.; intended to make a striking change for the better in social or political or religious affairs

Pastikan kita adalah orang yang benar benar membuat perubahan kepada yang lebih baik. Jangan jadi orang orang yang membuat perubahan kepada benda yang lebih buruk seperti yang diterangkan dalam Surah Al-Baqarah , ayat 11 - 12 di atas. Nauzubillah


Routermen kata : Kalau dah ok nak repair ke? .. kang jahanam nanti

Selasa, 10 Ogos 2010

Link

http://tanzil.info/ - Best

Sabtu, 7 Ogos 2010

Rakyat malaysia hidup dalam alam fantasi

Orang malaysia hidup dalam alam fantasi. Benar. tak tipu. bukan satu andaian mahupun teori. tapi kebenarannya , rakyat malaysia hidup dalam alam fantasi. Alam fantasi ini mengambarkan bahawa Malaysia sebenarnya terkecuali dari bahaya , kebinasaan dan ancaman. fantasi yang menyebabkan rakyat malaysia hidup dalam sambil lewa. tak endah dan mengambil mudah dalam serba serbi.


Kita anggap gempa bumi hanya berlaku di negera luar. kita anggap peperangan hanya berlaku di Iraq, di Afganistan, di timur tengah, di Palestine .

Kita juga ni sebenarnya tak ubah macam orang Islam di Andalusia dahulu kala. Kita anggap amaran amaran Allah swt tentang kebinasaan adalah orang selain dari kita. Kita terkecuali dari azab dunia, kita terselamat dari kejahatan dan Khianat manusia. Kita anggap ujian Allah hanya pada umat Islam di negara lain, bukan di Malaysia.

Persoalannya adakah Andalusia wujud pada masa kini?

This relatively small campaign was of momentous consequences as Granada was the last outpost of Al-Andalus in Spain and its fall brought to an end 780 years of Muslim control in the Iberian peninsula. -source:wikipedia

tinggal sejarah!

Ada pun Andalusia adalah gedung Ilmu tersohor pada masa kegemilangannya, namun tetap mampu rebah, mampu tersungkur , mampu tersadung dan berterabur. bayangkan Malaysia dengan tahap intelek umat Islamnya. Jika Andalusia mampu rebah dalam masa 700 tahun, mampukah umat Islam di Malaysia bertahan dan memperkasakan diri lebih jauh dan lebih lama dari itu ? dengan sikap kita sekarang ?

Kita anggap semua ilmu di dunia tidak perlu dicari. kita hanya tunggu orang lain yang menimba . kemudian kita akan "menganga" mulut dan kemudian ilmu itu disuap kedalam mulut kita satu persatu tanpa perlu bersusah payah untuk mengkaji .. tanpa perlu susah payah untuk di cari .. tanpa perlu bersusah payah untuk ditimba. Adapun Ilmu yang kita cari tidak bermanfaat malah bersifat membinasakan.

Kita lena diulik mimpi. Kita buta dalam celik. Kita pekak dalam mendengar.

Bercerita tentang Pekak. teringat saya pada satu kes yang menarik di terangkan oleh seorang rakan. Cerita ini mengesahkan satu kejadian dimana seorang insan yang pekak , yang tidak boleh mendengar . namun dia mampu mendengar azan. nah .. ini satu keajaiban berlaku.. Orang kita lantas mengagumi kekuasaan Allah. ya benar. memang itu kekuasaan Allah .. tapi sampai situ sajakah keagungan Allah? memberi keistimewaan seorang yang pekak untuk mendengar Azan ? tidak kah terlintas di pemikiran para cendiakawan Islam ? bahawasanya Allah ingin memberikan ilmu ? memberikan kita peluang untuk mengkaji , apakah yang menyebabkan insan pekak itu mampu mendengar azan ? apakah yang menyebabkan dia mampu mendengar Azan ? adakah disebabkan gelombang frekuensi yang menyebabkan insan pekak itu mampu mendengar azan ? tapi kenapa tiada kajian menyeluruh ? kenapa kita hanya kagum ? tapi tidak mahu menyelidik ? nah .. tidak terlintas di minda kita ini, sebenarnya Allah ingin memberi ilmu. Kenapa ? jika orang barat mampu melakukan kajian menyeluruh. kenapa kita tidak ? adakah kita perlu tunggu kajian mereka ? kita tak mampu? kita tak cukup cerdik ? apa masalahnya ?

malas, sambil lewa, kepercayaan karut, kurafat.

Itu jawapannya.

Kepercayaan karut , shirik , kurafat memang dah lama menjadi duri dalam daging orang melayu khususnya yang telah menjadi racun racun yang merosakkan minda minda melayu, menjadikan mereka lemah, keliru dan tidak tentu arah. Jangan main main. benda ni bukan sahaja bahaya.. silap aribulan tido dalam neraka je besok2. naya naya .. jangan cari penyakit.. cari la keredhaanNya *thumsb up*

Kita juga malas . kita suka bersambil lewa .. Orang barat tak habis habis memperjuangkan kebebasan ilmu. Di internet umpamanya . mereka berteriak dengan slogan "open source, sharing information, dan sebagainya". Sesi perkongsian ilmu dan hasil kajian juga dipertontonkan dan dipersidangkan melalui forum forum dan juga seminar seminar. TED umpamanya , adalah satu platform yang menjadi arena untuk mempersembahkan idea idea baru dan informasi terkini .

Namun kita hanyalah penonton. Tetapi kenapa kita hanya mampu kagum? kenapa kita hanya mampu menunggu? bilakah teknologi itu akan sampai ke riba kita ? bilakah idea idea itu akan direalisasikan ? Kenapa kita tidak kejar sendiri idea idea tersebut dan mempermudahkannya . memperbaikinya serta menaiktarafkannya? adakah kita akan menunggu sehingga mereka mereka itu datang dari jauh untuk mengajar kita ? tapi sejauh manakah ketelusan mereka ? Adakah anda pasti mereka memberikan segala ilmu yang mereka ada secara menyeluruh? separuh? sebahagian? atau tidak sama sekali?

tidak ..

Mereka bukanlah "opensource " seperti yang kita sangka kan


Ilmu yang kita dapat hanyalah ilmu yang lapuk. yang dah habis kewibawaan. yang sedikit . supaya kita hanya mampu mengoperasi. hanya mampu mengerak . hanya mampu maintain. Ilmu untuk mencipta ? untuk membuat ? untuk melakar ? untuk mempelopor? berapa kerat sangat yang ada ?

"Buat ape nak ajar lebih lebih . nanti naik tocang"

saringan ilmu sebenarnya terjadi. Sebab tu kita tak boleh tunggu untuk di "spoon feed". Sampai bila kita nak menagih ilmu orang ? Bilakah kita pula yang ditagih ilmu ? tidak mungkin?

"Zaman kegemilangan Islam"

Kenapa umat Islam dulu boleh ? bermacam macam jenis ilmu . dari astronomi, matematik ,sains , perubatan dan sebagainya. Rupanya mereka rajin. tak macam kita . malas ! Adakah mereka tunggu untuk disuap segala ilmu ? tidak. untuk berada di depan, kita perlu menjadi pelopor. mari ramai ramai sedar. Jangan tipu diri sendiri. kalau korang tak pecaya, cuba bagi aku senarai pelopor@pioneer teknologi-teknologi kat malaysia ? ke semua import teknologi je lebih. ( sambil menghela nafas panjang )

pokoknya ..

Malaysian lives in a fairytale land ..

Bangun dari tidur!!! .. bangun dari lena!!! .. bangun dari mimpi!!

Wahai diri ini !!! Wahai saudara saudari ku !!!

Aku dan Kamu sebenarnya adalah target kaum kaum Kafir musyrikin yang hajat mereka untuk membinasakan kamu. Kamu adalah SASARAN.. Jangan sampai mereka dah berdiri depan rumah untuk menyembelih kamu, baru kamu teringat nak menimba ilmu.

Seek knowledge like your life depends on it !!

bersikap sambi lewa adalah lamunan bagi orang orang yang gagal mengenggam realiti. Memang susah untuk menjadi orang rajin. sebab rajin tu perlukan usaha. Jangan simpan angan2 mat jenin, usaha tak seberapa , tapi nak maju mengunung menlangit. Usaha perlu synonim dengan pengetahun. Baru maju ke hadapan. Bukan yang mundur kehadapan.

YA!

mundur kehadapan .. bangsa yang negaranya makin maju .. makin kehadapan .. tapi anak bangsanya mengemis di bumi sendiri.

Orang kata bencana tak boleh di elak.. Tapi Allah janji Qada dan Qadar . Jangan jadi orang bodoh takde pengetahuan.. bila berperang pakai parang .. lawannya pakai mesingun ..


Dah keluar dari alam fantasi anda ?

routermen kata : pesanan ini khususnya adalah lebih kepada diri sendiri dan juga untuk semua insan diluar sana secara amnya (contoh alam fantasi yang terang2 ? akademi fantasia )

Ahad, 1 Ogos 2010

7 rindu sekolah menyamar pelajar

Sumber: Harian Metro 28/07/2010

KUALA LUMPUR: Tujuh pemuda yang rindu alam persekolahan ditahan polis semalam selepas menyamar pelajar di sebuah sekolah menengah di Taman Melawati di sini, semalam.
Semuanya yang berumur 20 tahun lengkap berpakaian seragam sekolah termasuk seorang berbaju kurung ditahan ketika leka mengikuti pembelajaran dalam kelas, kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan.
“Mereka masuk ke sekolah itu kira-kira jam 7.30 pagi dan menyertai perhimpunan pagi sekolah. Selepas tamat perhimpunan, ketujuh-tujuh bekas pelajar itu masuk ke kelas lama masing-masing iaitu kelas mereka ketika tingkatan lima sesi 2007,” katanya.

Kehadiran ‘pelajar baru’ di dalam kelas itu disedari guru yang kemudian menghubungi polis.

“Hasil soal siasat, kami mendapati punca mereka menyamar pelajar sekolah itu atas alasan ingin kembali semula ke alam persekolahan. Mereka duduk dalam keadaan sopan tanpa sedikit pun mengganggu sesi pembelajaran,” kata Abdul Jalil.

Beliau berkata ketujuh-tujuh lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil.

“Semua lelaki itu tidak bekerja ataupun belajar. Polis sudah memanggil ibu bapa masing-masing sebelum mereka dibebaskan kira-kira jam 8 malam tadi.

“Polis dalam proses mengambil keterangan guru dan pelajar sekolah itu. Siasatan juga dijalankan sama ada bekas pelajar itu mempunyai niat untuk melakukan jenayah di sekolah berkenaan,” kata Abdul Jalil.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh. — Bernama

Routermen kata : dulu time skolah monteng je keje . skang dah takleh pegi skolah gatai nak masuk skolah balik. korang ni malas nak belajar ke belajar nak malas ? ( ape aku merepek ni ) wat malu melawatians phaseque je