Jumaat, 28 November 2014

bila server dah melanyak

baru baru ni kawan aku fedup. server dia asyik melanyak ke internet. sampai google dns pun kene lanyak. dia nak fast workaround sementara dia figureout punca. disebabkan server tu production maka aku teringat iptables burstable. lanyak pakai UDP. mula2 aku try block pakai packet length sebab length dia same je size . tapi tak mau gak. so limit 50 packet sesaat burst 5.

cam ni rules nya

  327  iptables -N udp-flood
  328  iptables -A OUTPUT -p udp -j udp-flood
  329  iptables -A udp-flood -p udp -m limit --limit 50/s -j RETURN
  330  iptables -A udp-flood -j LOG --log-level 4 --log-prefix 'UDP-flood attempt: '
  331  iptables -A udp-flood -j DROP


alhamdulillah. workaround berjaya kekang attack tu ke internet.

[root@esm_database /]# iptables -L udp-flood -vn
Chain udp-flood (1 references)
 pkts bytes target     prot opt in     out     source               destination        
28495   29M RETURN     udp  --  *      *       0.0.0.0/0            0.0.0.0/0           limit: avg 50/sec burst 5
 140M  142G DROP       all  --  *      *       0.0.0.0/0            0.0.0.0/0          
[root@esm_database /]#



142GB tak sampai 3 minit. *poning den*

Jumaat, 22 Februari 2013

Cara merawat kepak angel wing

http://zzlittlefarm.blogspot.com/2010_03_01_archive.html

Selasa, 14 Ogos 2012

CCTV Di Putrajaya

Memandangkan routing ke rumah aku melalui putrajaya. maka adanya cctv access dari web ini amat-amatlah dialu-alukan. yelah, kadang2 kat ofis cerah, kat putrajaya hujan ke, mana kita tau kan. best gak dapat gambaran live tentang keadaan cuaca di putrajaya sebelum memulakan gerakan balik ke rumah :) dapat gak lah estimate hujan ke tak rumah aku hehe ..

ni link nya.

http://cctv.ppj.gov.my/ppjcctv/

Best :D

Isnin, 6 Ogos 2012

Jalankan Adroid Apps di PC ?

yup. mungkin ramai yg dah pernah pakai youwave. tapi bagi saya youwave ni agak boring lah. skang mari kita cerita pasal blue stacks.  Kalau nak bandingkan blue stacks dengan youwave, blue stacks lebih menarik dari segi penerimaan applikasi android. keupayaan untuk run application dengan option pilihan fungsi tablet atau smartphone amat menarik. tapi bab stability agak tak stabli tapi standardlah baru beta kan . dengar cite blue stacks ni pun akan berbayar mcm youwave. tapi tak tau lah. alah kalau bayar pub korang crack gak so tak kisah la kan. hehe ..



untuk download boleh pegi ke http://bluestacks.com/

applikasi pertama yg saya run guna bluestacks adalah angry bird space. best gak. huhu

Selasa, 1 Mei 2012

Google Drive Vs Dropbox vs BOX

Korang pernah pakai sync drive ? mmg best ade sync drive. lagi lagi bila korang nyer device lebih dari satu dan lebih dari satu tempat. contoh  terbaik apabila korang nak copy file dari pc rumah ke pc ofis atau ke phone atau tablet etc. by now, korang mesti pernah pakai atau atleast pernah dengar BOX atau dropbox.

apa benda tu ? namanya cloud storage. maksud cloud storage ni, semua file yg anda simpan di dalam cloud storage sebenarnya ada di alam maya. yup. di internet. bezanya apabila cloud storage ditambah dengan drive sync. menyebabkan setiap pc yg connected kepada system cloud storage ini akan dapat file yg anda telah uploadkan ke dalam cloud storage tu.  senang kan ?

BOX paling lama kot. tak sure tapi dulu jadi hangat sekejap lah sebab dia kasi free 50GB untuk android device. tapi untuk sync drive , hanya user yg bayar je kot dapat kemudahan ni ( kalau salah tolong betulkan )

DROPBOX ni best. walaupun free version dapat 2 GB ( bagi aku cukup dah ). tapi kemudahan sync drive dia menyebabkan akses ke cloud storage adalah semudah membuka my document folder anda . fantastik ^__^.  kemudahan lain seperti network sync menyebabkan transfer file antara pc yg berada dalam LAN adalah satu benda yg mudah. saya mmg rekemen DROPBOX ni .

tapi skang ade Google Drive. google drive ni sama macam dropbox.. bezanya ? hehe dia kasi 5GB free. so yer. saya mungkin meminati DROPBOX. tapi mungkin lepas ni saya akan beralih pada google drive plak. hehe ..

sape2 dah cuba ? saya baru hari ni test .

Jumaat, 2 Mac 2012

Missing iertutil.dll ?

dah nak pegi solat jumaat. sempat lagi post satu benda. Missing iertutil.dll . Semalam nak clean up program windows yg tidak dikehendaki. saya remove internet explorer 8. rupanya dia remove sekali iertutil.dll menyebabkan explorer.exe tak boleh jalan ( dan start menu dan icon di desktop semua ghaib).

jangan bimbang. mula2 download iertutil.dll di sini ( kene download pakai pc lain) : http://www.dll-files.com/dllindex/dll-files.shtml?iertutil

unrarkan file tu dan copy masuk thumbdrive.

reboot system anda yg bermasalah tadi. masuk save mode with command prompt .

kemudian masukkan trhumbdrive. anda kena teka thumbdrive letter anda berapa . contoh thumbdrive letter anda adalah E:


dalam command prompt

A:> e:

E:>

E:> copy iertutil.dll c:\Windows\system

reboot system anda.

insyallah system anda selamat. start menu dah kelihatan.

terima kasih. ok jom pi solat jumaat

Jumaat, 3 Februari 2012

Cooler Master GX650


Baru je beli Cooler Master Gx650 untuk rig core 2 duo aku. yg best nyer .. aku beli benda ni dalam kotak tak bukak lagi dengan harga RM 50 . still ada 3 tahun warranty .. hahaha amacam best tak ? mmg best hehe .. pas ni SLI stable balik kot . harap2 lah .