Sape yg dah biasa guna Dock mesti rasa tak selesa kalau dock takde. Dan sape yg pakai Ubuntu 10.04 skang lagi senang lah nak install dock . Aku pilih cairo dock. sempoi je. cara nak install :-
routermen@routermen-desktop:~$ history 1 sudo add-apt-repository ppa:cairo-dock-team/ppa 2 sudo apt-get update 3 sudo apt-get install cairo-dock 4 history routermen@routermen-desktop:~$
time ni kalau korang time out masa nak download key dari kerserver, try banyak kali. keyserver tu demam agaknya. Nak run pegi Applications -> Accessories -> Cairo Dock. Nak kasi autorun masa login pegi System -> Preferences -> Startup Applications . tekan Add dan bubuh :-
name: cairo dock Command: cairo-dock -o Comment: Terima Kasih Routermen
Dapat new assignment untuk design logo. Sempat buat 5 design . tapi post 3 je kat sini untuk tatapan sape sape. Juga contoh design business card. Lama tak buat design mendesign ni jadi seronok plak hehe.
Rabu, 2 Jun 2010
Kepada orang2 Islam yang dah leka dan yang Islam hanya pada nama, Ingatlah janji Allah SWT:-
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. Al-Maaidah(54)
Kalau kita leka, kita mula tersasar dari ajaran agama, Allah akan gantikan kita dengan umat Islam yang lebih baik dari kita. Statistik menyatakan Islam adalah agama yang paling pantas berkembang di eropah.
“The image of Islam projected by political Islamic movements is not very attractive,”
Di Alam politik Malaysia umpamanya, saksikan sekarang orang orang kita yang sesama Islam tak habis habis bertikam lidah , bergaduh, memaki hamun, menuduh, berperang dengan idiology dan politik masing2. Agak2 la , rasanya mampu ke orang melayu menaikkan martabat Islam ke peringkat yang lebih tinggi? Dari segi Ilmu, Sains dan kemanusiaan, dari segi penampilan dan tingkah laku? adakah kita menjalankan hidup dan kemasyarakatan yang Islamic ? Atau kita ini lebih mementingkan duniawi?
Tuan tuan rasa kan, adakah dengan persepsi orang bukan Islam , apabila melihat orang melayu secara amnya, dan pemimpin pemimpin kita khususnya, Yang tak habis-habis bertikam lidah, menuduh, memaki , mencaci, tak kira la dari parti mana pun, janji dia melayu dan dia seorang muslim, Ade ke orang bukan Islam respect dan ingin mendekati Islam bila melihat orang orang seperti ini ? Rasanya mereka akan lebih mendekat Islam apabila mereka mula mencari kebenaran dalam agama mereka sendiri dan telah merujuk dan menghayati Al Quran. Kenapa pemimpin kita jadi cam tu ? ape masalah depa ? aku pun tak tau ape masalah depa. Nyatanya orang kita sekarang ni seringnya terhegeh hegeh nak jadi orang barat. Ini tidak limit pada segi pemakaian, pemakanan, tingkah laku saja... Malah adat resam , contohnya konsep bercouple, sambutan hari kekasih, cara melamar, cara memberi hadiah, cara berkahwin, cara bersanding, cara kita berhibur (Malaysian Idol) , Makanan yang kita makan (mcdonald, burger king, kentaki, subway) , minuman (starbucks, coffeebean) dan sebagainya.
Memang benar ada setengah pihak menyatakan makanan dan minuman halal. Tidak najis dan kotor. Tapi jangan lah sampai kita jijik dengan makanan kaum kita sendiri. Kita nanti umpama diprogram atau lebih tepat lagi , diyahudikan dan dinasranikan secara halus.
Dari Abu Sa'id Al-Khudri Ra. ia berkata: Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya. "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang Tuan maksudkan?" Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab, "Siapa lagi?" (kalau bukan mereka). (HR. Muslim)
Jangan satu hari nanti Allah gantikan bangsa melayu dengan bangsa lain yang lebih Islamic, lebih baik dan lebih sempurna agama Islam nya.
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. Al-Asr (1,2,3)
dalbotXX (24/05/2010 15:41:48): nasik aku pakai soma dalbotXX (24/05/2010 15:41:53): pun down arie ni dalbotXX (24/05/2010 15:41:56): tp x de alert dalbotXX (24/05/2010 15:41:59): adoi XXXX_my (24/05/2010 15:41:59): nasik ko pakai soma ? kayanya nasik ko dalbotXX (24/05/2010 15:42:08): kantoi lar pulak
Banyak orang salah faham tentang bandwidth dan latency. Skang ni berebut rebut orang dok sebuk pasal 10Mbps , 20Mbps, 30Mbps connection speed. ha sebenarn ya termanya bukan speed . tapi bandwidth yer adik adik. meh sini nak habaq mai..
Ape tu bandwidth ? bandwidth ni kira kononnya kita compare proton wira dengan proton satria lah. proton wira bonet dia luas. boleh bubuh banyak barang. proton satria ni bonet dia kecik . barang sikit je bley bawak . itu bandwidth. kira berapa capacity.
latency ni . kelajuan, kalau proton wira tu max speed dia 180km/j .. proton satria tu pun 180km/j, so latency dia sama je . walau pun Abu ada kereta wire yang bonet nyer besar .. tapi secara Am nye .. abu sampai kat ofis dia tetap sama je ngan Ali yg duduk sebelah rumah dia pakai proton satria. depa ni keje kat ofis yang sama .. kluar keje pun sama .. sampai ofis pun serentak sebab bawak kelajuan dan path yang sama ..
adakah bonet besar membantu abu untuk sampai ofis lagi laju ? tidak . dia bantu abu untuk bawak barang lagi banyak je dari Ali . tapi sampai ofis sama gak. Pastu yg kelakar nya hari hari bonet kereta Abu dan Ali tak habis guna pun. paling kuat pun bawak beg laptop sebijik sorang. banyak lagi space kat dalam bonet masing2.
Abu yang tak hensem ni plak sengal rupanya. Dia nak sampai ofis lagi awal dari Ali. Tapi dia fikir dengan ada bonet lagi besar, dia akan sampai lagi cepat ke ofis. So abu yg sengal ni pun beli la lori. memang banyak giler la barang dia boleh bawak .. Namun abu seperti biasa hanya bawak sebijik laptop ke ofis dan kene plak kelajuan lori tu hanya maximum 80km/j . kalau abu dan ali kluar dari rumah serentak . ali tetap sampai ofis dulu , walaupun bonet kereta satria dia kecik hahahaha.
Tak lupa juga, kalau Ali tu pegi keje naik satria , tapi bila balik ke rumah dia naik basikal. maka dia slow gak lah. sebab basikal tu mane laju benor. dah tu plak tambah lagi laptop ali tu berat . abih la . so ape yang nak dihighlightkan disini adalah. Bila anda Access@surfing@connect@lawat ke satu server mengunakan kelajuan proton satria, anda akan tetap slow sebab server atau site tu akan hantar balik anda ke rumah menaiki basikal. tapi kalau server tu hantar naik jet ok la . maka penyebab slow nye hanya lah anda .. tapi kalau dua dua slow ? melopong la depan pc tunggu page nak bukak dekat 5 minit baru habis load. keh keh keh
so jangan la gah sangat beli lori yang ada cap 10Mbps , 20Mbps , 30 Mbps . korang boleh tambah bandwidth kalau ada duit .. tapi korang boleh kurang kan latency line tak ? .. ha kat mane yang buat latency ? kalau device dalam network korang ok la . boleh tukar device yg lagi elok. kalau ISP korang ? tukar ISP ? kat malaysia ni berapa kerat sangat ISP yang ade.